Karan Johar idam gandingkan Deepika, Ranveer, Ranbir dalam filem ‘remake’ klasik Sangam

Perkara itu didedahkan dalam musim terbaru rancangan temubual Koffee With Karan dengan Ranveer dan Deepika menjadi tetamu episod pertama

8:28 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pengarah filem terkenal Bollywood, Karan Johar berhajat untuk menghasilkan semula filem klasik Sangam yang pernah mencetuskan fenomena pada 1964.

Perkara itu didedahkan dalam musim terbaharu rancangan bual bicaranya iaitu Koffee with Karan di mana tetamu jemputan untuk episod pertama adalah pasangan suami isteri, Ranveer Singh dan Deepika Padukone.

Dalam episod itu, menerusi segmen ‘Rapid Fire’, Karan bertanyakan soalan kepada Ranveer, siapakah pelakon lelaki yang dia mahu bergandingan bersama jika sebuah filem cinta tiga segi membabitkan dirinya dan Deepika diterbitkan.

Lantas, Ranveer menjawab Ranbir Kapoor.

Ranveer turut mendedahkan bahawa Karan pernah berkongsi idea untuk menghasilkan semula filem Sangam di mana dia mahu Ranveer, Deepika dan Ranbir sebagai teraju utama.

“Awak memang inginkan kami bertiga dalam filem Sangamkan? Awak selalu bermegah, tetapi tak pernah jadikan ia kenyataan,” kata Ranveer.

Apa yang menarik, Ranbir dan Deepika pernah bercinta, namun aktor yang juga anak kepada pelakon Rishi Kapoor itu kini adalah suami kepada aktres Alia Bhatt. – Gambar Instagram, 27 Oktober, 2023

Karan kemudian menjawab bahawa dia masih boleh menghasilkan filem berkenaan dan bertanya sama ada Deepika mahu membintanginya.

Lantas, aktres itu terus bersetuju.

Menariknya, Ranbir Kapoor merupakan bekas kekasih Deepika tetapi aktor yang juga anak kepada Rishi Kapoor berkahwin dengan Alia Bhatt.

Filem Sangam yang diterbitkan pada 1964 dibintangi Raj Kapoor (yang juga datuk kepada Ranbir), Vjayanthimala dan Rajendra Kumar.

Ia menceritakan kisah tiga sahabat baik yang memendam perasaan cinta tetapi mereka harus berkorban demi persahabatan.

Jika filem ‘remake’ ini menjadi kenyataan, ia pasti menjadi filem pecah panggung kerana membabitkan pengarah dan barisan pelakon gred A Bollywood. – 27 Oktober, 2023

Topics

 

Popular

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related