KUALA LUMPUR – Naib Ketua Srikandi Bersatu, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, kekal sebagai Ahli Parlimen Masjid Tanah.
Keputusan itu ditetapkan Hakim Mahkamah Pilihan Raya Melaka, Datuk Abu Bakar Katar hari ini.
Ia sekali gus mengetepikan petisyen difailkan calon Barisan Nasional (BN), Abdul Hakim Abdul Wahid untuk mencabar kemenangan calon Perikatan Nasional (PN) itu di Parlimen Masjid Tanah atas dakwaan wujud rasuah ketika kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). 27 Oktober, 2023