KUALA LUMPUR – Ahli perniagaan, Adam Radlan Adam Muhammad mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas satu pertuduhan menggunakan wang daripada aktiviti haram berjumlah RM500,000.
Adam Radlan, 42, yang juga Timbalan Ketua Bersatu Bahagian Segambut membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Rozina Ayob.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa menggunakan wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM500,000 dari akaun CIMB Bank Berhad miliknya.
Kesalahan didakwa dilakukan di CIMB Bank Berhad, Cawangan Bukit Tunku, di sini, antara 2 Disember 2021 hingga 22 Februari 2022. – 25 Oktober, 2023
BERITA LANJUT MENYUSUL