KUALA LUMPUR – Penampilan penyanyi Aizat Amdan sewaktu beraksi di konsert Yunaverse yang berlangsung di ibu negara baru-baru ini ternyata mengejutkan ramai.
Aizat yang terkenal dengan lagu Hanya Kau Yang Mampu dilihat menggayakan pakaian yang agak unik, berbeza dengan imej yang sering dibawanya sebelum ini.
Bekas peserta Akademi Fantasia 5 itu memakai kemeja-T berwarna biru yang dipadankan bersama seluar pendek berwarna perak.
Namun apa yang menarik perhatian ramai adalah korset yang digayakannya di bahagian pinggang.
Susulan itu, netizen mula menyamakan Aizat dengan penyanyi sensasi dari barat iaitu Sam Smith.
Ada juga yang berpendapat bahawa dia kelihatan seperti ahli gusti terkenal, Rikishi.
“Biar betul Aizat pakai macam ni”, tulis salah seorang pengguna aplikasi ‘X’.
“Okay lah nampak lain daripada yang lain. Kena rebrand (jenamakan) semula diri dia. Sebab generasi baru sekarang pemikiran mereka lain. Benda-benda pelik macam ini mereka biasanya mudah tertarik. Yang penting suara tetap best (bagus),” tulis seorang lagi pengguna ‘X’.
Mungkin ini adalah percubaan Aizat untuk kelihatan berbeza berbanding penampilannya sebelum ini.
Atau mungkin itu juga salah satu strategi agar namanya terus menjadi bualan ramai. – 24 Oktober 2023