Ditegur kelihatan ‘teruk’, rupanya suhu badan cecah 40 darjah Celcius, Puteri Sarah Liyana masuk wad

Puteri Sarah turut mengingatkan semua pengikutnya supaya melakukan pemeriksaan segera sekiranya berasa ‘tidak sedap badan’

5:45 PM MYT

 


KUALA LUMPUR – Perancangan awal untuk membuat pemeriksaan doktor di sebuah pusat perubatan swasta disebabkan badannya tidak sihat, telah mengundang perkara lain buat pelakon Puteri Sarah Liyana.

Rupanya-rupanya doktor dapat mengesan bahawa pelakon itu sebenarnya menghidap demam panas apabila suhu badannya mencecah 40 darjah celsius.

Perkara itu telah dikongsikan Puteri Sarah menerusi IG Story miliknya hari ini.

“Badan rasa panas, sejuk tapi tak rasa demam. Cuma rasa penat. Badan lemau tapi sebab semangat kerja kuat, tak rasa langsung sebenarnya sakit,” katanya.

Puteri Sarah berkata sebelum ini dia mengambil keputusan untuk menjalani pemeriksaan di sebuah pusat perubatan swasta di Damansara Utara selepas ditegur ‘nampak begitu teruk’ sewaktu diwawancara sebuah media elektronik.

Puteri Sarah juga memberitahu rawatan yang diterimanya itu menyebabkan dia tidur dengan lena dan sedar-sedar sudah ada orang yang melawatnya di hospital – Tangkapan layar Instagram Story, 22 Oktober, 2023

“Saya bagitau doktor, saya terasa nak demam. Bila doktor periksa, dia kata, Sarah bukan nak demam tapi dah demam dah pun. Suhu sekarang 40 darjah Celcius.

“Astaga…Masuk wad kecemasan, cepat-cepat drip air serta mengambil paracetamol dan vitamin C. Badan terlalu lemah sampai tak boleh nak berdiri dah. Rasa nak pengsan,” jelasnya.

Puteri Sarah juga memberitahu rawatan yang diterimanya itu menyebabkan dia tidur dengan lena dan sedar-sedar sudah ada orang yang melawatnya di hospital.

“Semua panik! Alhamdulillah, check darah takde apa. Moral di sebalik cerita ini. Jika rasa tak sedap badan, pergilah buat pemeriksaan okey. Takut nanti jadi lebih teruk,” katanya. – 22 Oktober, 2023

Topics

 

Popular

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related