Sebar gambar aib punca pelajar perempuan tampar rakan sekelas 5 kali

Polis mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan yang dibuat suspek yang juga pelajar berusia 17 tahun itu

3:49 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Berang gambar mengaibkan dirinya disebar di aplikasi TikTok, seorang pelajar perempuan Tingkatan Lima bertindak menampar rakan sekelas dalam kejadian di sebuah sekolah menengah di Kajang pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian berkenaan yang dibuat suspek yang juga pelajar berusia 17 tahun itu.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati kejadian itu berlaku pada Jumaat lalu selepas suspek melihat satu hantaran gambar di akaun TikTok milik rakan sekelas yang mengaibkan dirinya.

“Video tersebut dikatakan ditular oleh rakan sekelas. Susulan itu, pelajar berkenaan berjumpa dengan rakan sekelas dan bertindak menampar pipinya sebanyak lima kali sambil bertanya mengapa gambarnya ada di telefon milik mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, dalam kejadian itu, mangsa memberitahu gambar tersebut diambil sendiri oleh suspek menggunakan telefon milik rakan.

“Akibat sangat marah, pelajar tersebut menampar muka mangsa yang dikatakan telah menjatuhkan maruahnya.

“Suspek tampil ke balai polis untuk membuat laporan sebagai perlindungan diri berhubung kejadian tersebut,” katanya.

Katanya lagi, mangsa turut membuat laporan polis berasingan berhubung kejadian itu semalam.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.

Pada masa sama, Mohd Zaid turut menggesa sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung insiden itu agar tampil membantu siasatan atau menghubungi Pegawai Penyiasat kes Inspektor Muhammad Azrul Nizam Zainal Abidin di talian 016-998 5730.

Terdahulu, tindakan pelajar perempuan berusia 17 tahun terbabit tular di media sosial selepas rakaman video kejadian dikongsi seorang wanita yang mendakwa ibu mangsa.

Rakaman berdurasi 57 saat itu menunjukkan pelajar perempuan memarahi dan menampar muka mangsa beberapa kali.

Wanita menggunakan akaun Facebook Waheeda Airny Anwar itu memuat naik video berkenaan dan meminta individu yang mengenali pelajar terbabit atau ahli keluarga supaya menghubunginya.

Susulan itu, wanita terbabit memuat naik satu lagi rakaman video berdurasi dua minit 12 saat yang menunjukkan satu pertemuan diadakan bersama remaja terbabit dan remaja itu mengakui kesilapannya.

Selain itu, wanita terbabit turut membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang semalam untuk tindakan lanjut. – 22 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Related