Jangan sekat melampau kebebasan media, ‘berikan hak mereka’: Sanusi

Menurutnya, perbuatan menyekat kebebasan suara adalah amalan tidak bertanggungjawab di dalam sebuah negara seperti Malaysia

8:27 PM MYT

 

SHAH ALAM – Kerajaan disaran tidak menyekat kebebasan bersuara pengamal media secara melampau, sebaliknya memberikan hak itu kepada golongan berkenaan, seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, sekatan melampau sehingga mengakibatkan penutupan portal media tanpa sebab dan terhadap akses pelbagai agensi kerajaan juga perlu dihentikan.

Menurutnya, perbuatan menyekat kebebasan suara adalah amalan tidak bertanggungjawab di dalam sebuah negara seperti Malaysia yang berpaksikan prinsip demokrasi, sekali gus menampakkan kelemahan kerajaan daripada semua aspek.

“Hari ini, nampak jelas, media disekat kebebasan, dinafikan maklumat demi menjamin hal berkaitan rahsia umum di pihak mereka (kerajaan) diketahui generasi muda, susulan masalah diheret pimpinan kerajaan ketika ini berlaku pada 1990-an.

“Justeru, sebarang pendedahan, ungkapan mengenai peristiwa lampau, mahu tidak mahu, sebolehnya Kerajaan Madani nak pastikan maklumat itu tidak sampai kepada generasi muda yang menentukan pola pengundian di Malaysia,” katanya ketika menutup usul kebebasan media di Muktamar PAS Kali Ke-69 di Ideal Convention Centre (IDCC) di sini, hari ini.

Sanusi berkata, wujud keperluan bagi kerajaan berhenti mempergunakan agensi kerajaan dan pihak berkuasa, demi menyekat kandungan bahan sebaran di media massa serta media sosial.

“Lapan tokoh wartawan terkemuka Malaysia memberi peringatan kepada Kerajaan Madani, jangan jadi ‘abang besar’. Kandungan dilabelkan sebagai menyinggung hanyalah laporan dan pendapat yang dianggap kritikal terhadap kerajaan, bukan kritik peribadi Perdana Menteri.

“Disebabkan perjuangan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri, maka sebarang kritikan berkaitan kerajaan, mahu tidak mahu, kita tidak boleh elak mengaitkannya kalau sejak ditubuhkan PKR adalah berkaitan peribadi beliau untuk menjadi Perdana Menteri,” katanya. – 21 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

New MM2H rules: reduced deposits and age limits for special economic zone applicants

They must only be 21 years old, deposit US$65,000 in Malaysian bank, half of which can be withdrawn under certain conditions after approval

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related