DAP sila belajar sejarah, dalami makna sebenar ‘kafir’: Tuan Ibrahim

Menurutnya, istilah kafir tidak menyentuh soal budaya dan bahasa, tetapi ia bermaksud menutup kebenaran (Bahasa Arab) dan Islam datang untuk membukanya

6:34 PM MYT

 

SHAH ALAM – DAP perlu mendalami sejarah agar parti itu memahami sepenuhnya sentimen ‘kafir’ hanyalah istilah dalam akidah, bukan bersifat jijik, jahat mahupun kotor sehingga mewujudkan persepsi negatif terhadap orang bukan Islam.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, istilah kafir tidak menyentuh soal budaya dan bahasa, tetapi ia bermaksud menutup kebenaran (Bahasa Arab) serta Islam datang untuk membukanya, tanpa memaksa mana-mana individu untuk menjadi seorang Muslim.

“Saya harap (DAP) dapat baca buku sejarah khusus masyarakat bukan Islam di Mesir, bawah pemerintahan Umar Al-Khattab. Ketika itu, (penduduk) Mesir majoriti bukan Islam dan minoriti sahaja yang menganut Islam.

“Saya jelaskan istilah kafir ini sebab ada salah faham berlaku apabila ia nampak kotor ataupun jijik. Inilah satu kekeliruan yang berlaku. Jadi kita perlu terangkan kepada semua pihak agar ia menjadi jelas,” katanya pada sidang media sempena Muktamar Tahunan PAS kali ke-69 di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata, kafir mempunyai tiga kategori, iaitu golongan anti Islam, menghormati cara hidup orang Islam dan memiliki perjanjian bersama umat Islam.

Jelasnya, dengan perjanjian itu, orang Islam wajib bertanggungjawab menjaga harta, nyawa, maruah diri serta kebudayaan.

“Lima aspek itu wajib umat Islam pertahankan. Sebab itu, orang bukan Islam duduk menyerang antara satu sama lain di bawah naungan Muslim, maka kita perlu selesaikan perkara itu.

“Di Malaysia, (DAP) adalah kafir zimmi (baik), tapi kemungkinan ada di sana yang memang anti (Islam). Itu yang seperti disebut Presiden PAS adalah perbuatan ekstremis. Itu pun kita tak kategori dia sebagai kafir harbi.

“Namun, kalau dia Yahudi, itu memang kafir yang anti Islam, maka tanggungjawab kita melindungi Islam. Namun konteks masyarakat bukan Islam yang bermasyarakat, bermuamalat bersama Muslim di Malaysia, ia adalah kafir zimmi,” katanya.

Terdahulu, Dewan Rakyat kecoh seketika apabila Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Datuk Ahmad Marzuk Shaary melabelkan DAP sebagai kafir.

Tindakan itu mengundang kemarahan Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer yang menggesa pemimpin PAS tersebut menarik balik kenyataannya, memandangkan DAP turut dianggotai Ahli Parlimen beragama Islam.

“Yang Berhormat (YB) Pengkalan Chepa mengeluarkan kenyataan, semua juga mendengar bahawa DAP kafir. Kita ada Ahli Parlimen dari Bentong, Bangi dan Bukit Bendera yang beragama Islam. Kalau nak kafirkan kami tiada masalah, tapi mereka Ahli Parlimen beragama Islam.

“Tolong jangan biadap begini. Saya minta (timbalan) Speaker (untuk) beliau (Ahmad Marzuk) tarik balik kenyataan itu kerana kenyataan beliau DAP kafir adalah kurang sopan dan biadap,” katanya. – 21 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Elderly, disabled face ‘roadblocks’ as public transport goes fully digital

Consumer group urges government and public transport companies to be more inclusive with digitalisation approach

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Related