Muktamar PAS: Ada parti tiada jentera tapi bawa ‘resume’ jumpa pimpinan boleh jadi calon

Pimpinan dalam PN perlu berbincang bagi menilai kawasan yang boleh dimenangi termasuk dari segi kekuatan jentera parti

11:57 AM MYT

 

SHAH ALAM – Parti dalam gabungan Perikatan Nasional (PN) disaran untuk tidak meletakkan calon mereka jika tidak mempunyai jentera di kawasan yang ingin ditandingi pada pilihan raya.

Perwakilan Selangor, Sallehen Mukhyi berkata, perbincangan juga perlu dimulakan pimpinan sekarang supaya dapat menilai kawasan mana boleh dimenangi termasuk dari segi kekuatan jentera parti yang mahu mewakili PN.

Menurutnya, perbincangan itu jangan hanya diadakan apabila tempoh sesuatu pilihan raya semakin hampir.

Sebahagian perwakilan dilihat fokus pada sesi membahaskan ucapan dasar Presiden sempena Muktamar Tahunan PAS kali ke-69 di sini, hari ini. – Gambar Alif Omar/Scoop, 21 Oktober, 2023

“Kita tidak mahu hanya meletakkan calon sedangkan jentera mereka tidak ada. Itu perlu diteliti dengan baik dari sekarang sebab ada kawasan, ada parti yang tidak ada jentera, hanya bawa ‘resume’ pergi jumpa pimpinan boleh jadi calon.

“Yang ini mesti dinilai, sebab itu kita harap tidak hanya dekat pilihan raya, sekarang sudah boleh buat.

“Maknanya kalau tidak capai piawaian tidak kira sama ada PAS atau Bersatu, tidak perlu meletakkan calon di situ,” katanya ketika membahaskan ucapan dasar Presiden sempena Muktamar Tahunan PAS kali ke-69 di sini, hari ini.

Sallehen berkata, ketika ini terdapat keperluan untuk menubuhkan pasukan bagi menentukan nilai bantuan kekuatan (jentera parti) yang harus diberikan kepada satu-satu kerusi yang hendak ditandingi.

“Contohnya, melibatkan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang belum dimenangi PN, jadi perlu ada satu panduan dan piawaian.

“Perbincangan (ke arah) itu perlu dimulakan sekarang supaya pimpinan dapat menilai kawasan mana boleh dimenangi termasuk dari segi kekuatan jentera parti yang mahu mewakili PN.

“Pimpinan dalam PN (boleh) teropong tengok satu Parlimen, satu DUN siapa paling layak supaya dapat menilai kebolehmenangan itu sebagai asas untuk kita membuat keputusan,” katanya. – 21 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Related