KUALA LUMPUR – Himpunan Hari Kemarahan Terhadap Israel dan Amerika serta pembunuhan kejam di hospital Gaza diadakan hari ini, selepas solat Jumaat dengan peserta berarak dari Masjid Tabung Haji di Jalan Tun Razak menuju ke kedutaan Amerika Syarikat (AS) di sini.
Ia turut disertai oleh bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.
Dalam ucapannya di depan perkarangan masjid itu, Khairy mengecam tindakan ganas Israel yang membedil penduduk Palestin di Gaza, hingga kanak-kanak antara yang terkorban.
[TONTON] Peserta perhimpunan solidariti bersama Palestin berarak ke Kedutaan Amerika Syarikat selepas solat Jumaat hari ini, untuk menyerahkan memorandum membantah kekejaman Israel.
— Scoop (@Scoopdotmy) October 20, 2023
Mereka turut membawa bendera Palestin 🇵🇸 sepanjang beberapa meter ketika berarak. pic.twitter.com/P2bzhqmEXF
Himpunan membantah kekejaman Israel itu sebelum ini turut diadakan oleh badan-badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pro Palestin pada malam Jumaat lalu.
3.20 petang – Khairy Jamaluddin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir menyampaikan memorandum kepada wakil Kedutaan Amerika Syarikat bersama penganjur iaitu, Pergerakan Belia Islam Malaysia (Abim) dan Semboyan Malaysia.
3.01 petang – Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Selangor, Anfaal Shaari berkata sudah tiba masanya semua pihak mempertimbangkan untuk memboikot barangan Amerika Syarikat.
2.50 petang – Dalam ucapannya, Tian Chua berkata tidak cukup dengan bantuan perubatan,
“Tidak cukup dunia memberikan bantuan perubatan, tidak cukup dunia bagi bantuan kemanusiaan, tidak cukup kita bagi makanan, kini sudah sampai masa kerana agenda zionis adalah membunuh semua orang Palestin, hari ini sudah sampai masa kita harus bagi senjata kepada orang Palestin.
“Negara yang sokong negara Palestin harus lakukan apa yang negara barat beri pada ukraine, mereka memberikan senjata (barat), sudah sampai masa kita harus sokong Palestin dengan senjata,” katanya.
2.45 petang – Tian Chua yang juga bekas naib presiden PKR turut serta dalam perhimpunan ini.
2.42 petang – Meskipun terdapat tanda-tanda akan hujan, peserta terus bersemangat.
2.33 petang – Peserta berarak sambil membawa bendera Palestin dan melaungkan ‘hidup’ ‘hidup’ Palestin.
2.25 petang – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad turut serta dalam perhimpunan berkenaan.
Perhimpunan tersebut dianjurkan oleh Sekretariat Palestin Malaysia dan turut disertai oleh bekas perdana menteri, @chedetofficial serta bekas menteri kesihatan, @Khairykj. pic.twitter.com/z1QftbxM2Y
— Scoop (@Scoopdotmy) October 20, 2023
Dalam ucapannya, Dr Mahathir mengecam Amerika Syarikat (AS) yang memberikan sokongan kepada Israel dan ia bermakna mereka menyokong serangan ke atas hospital di Gaza yang merupakan satu jenayah.
“Ini menunjukkan mereka juga adalah pengganas kerana menyokong serangan ke atas hospital,” katanya.
Tambahnya bantuan juga boleh dihulurkan sama ada dalam bentuk wang dan makanan kepada mangsa perang ini.
“Kita akan cuba kumpul seberapa yang boleh untuk menolong mangsa peperangan ini. Insya-Allah bersama kita dan akan capai kejayaan akhirnya,” katanya.
2.20 petang – Kira-kira 400 orang setakat ini dianggarkan menyertai himpunan tersebut.
2.13 petang – peserta mula bergerak menuju ke kedutaan AS di Jalan Tun Razak. Mereka membawa bersama sepanduk mengecam Israel. Jalan menuju ke kedutaan itu dikawal oleh anggota polis. – 20 Oktober, 2023