Himpunan besar-besaran bantah kekejaman Israel depan kedutaan AS Jumaat depan

Dijangkakan seramai 5,000 akan hadir perhimpunan berkenaan, kata Afnan

9:00 AM MYT

 

SHAH ALAM — Pemuda PAS akan mengadakan himpunan besar besaran membantah tindakan rejim Israel terhadap rakyat Palestin di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat depan.

Ketua Pemuda PAS, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, himpunan itu akan diadakan selepas solat Jumaat.

“Kita akan bantah dan tunjukkan rasa marah kita terhadap Amerika Syarikat , Israel dan semua sekutu yang menyokong tindakan zalim serta biadap rejim Israel.

“Apa yang berlaku rejim semakin mengganas, kita hantar mesej jelas, seru semua umat Islam dan pihak yang bantah kezaliman Israel ini untuk solidariti,

“Kita akan umum lokasi berkumpul nanti dan begitu juga urusan permit himpunan dengan polis dan jangkaan kita kehadiran seramai 5,000 orang,” katanya pada sidang media penangguhan Muktamar Dewan Pemuda PAS malam tadi.

Serangan berterusan Israel ke atas Gaza sejak 7 Oktober lalu sudah mengorbankan lebih 3,300 orang, dengan satu pertiga daripada jumlah berkenaan adalah kanak-kanak.

Ahmad Fadhli Shaari menjadi Ketua Pemuda PAS untuk sepenggal dan tempatnya kini diambil alih oleh Afnan Hamimi Taib Azamudden. – Alif Omar/Scoop, 20 Oktober, 2023

Sementara itu, ditanya mengenai kenyataan mantan Ketua Pemuda, Ahmad Fadhli Shaari yang terkilan dengan kurangnya peluang diberikan kepada pemuda untuk bertanding pada pilihan raya, Ahli Parlimen Alor Setar itu berkata, beliau yakin kepimpinan tertinggi akan melihat perkara itu.

“Saya yakin pada PRU akan datang lebih ramai anak muda akan diberi ruang oleh kepimpinan untuk berada di lapangan kerana kita ada ramai calon yang berkebolehan.

“Malah anak muda juga perlukan pemimpin muda yang memahami bahasa mereka,” katanya. – 20 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Related