Hujan lebat, beberapa laluan di KL dinaiki air

Lokasi terjejas dijangka mengalami kesesakan dan kelewatan

6:18 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Beberapa jalan utama di ibu negara dinaiki air susulan hujan lebat berterusan sejak jam 4 petang tadi.

Menurut Astro Radio Trafik, jalan terjejas antaranya Jalan Kinabalu, Jalan Pahang, Jalan Ampang, Jalan Pudu dan Jalan Melaka.

Selain itu, Jalan Parlimen, Jalan Tuanku Abdul Halim, Jalan Cheras, Jalan Chan Sow Lin, Jalan Damansara, Jalan Bangsar, dan Jalan Syed Putra turut dinaiki air.

“Susulan itu, lokasi terjejas dijangka mengalami kesesakan trafik disebabkan banjir kilat serta air bertakung ekoran hujan lebat yang berterusan,” katanya.

Sementara itu, menerusi perkongsian video seorang pengguna di Twitter, Hafiz Rahim menunjukkan paras air di sebuah kawasan perumahan dekat Ukay Perdana mencecah paha.

“Hujan lebat, Ada tempat sudah mula banjir kilat, berhati-hati semua.

“Kepada yang duduk di kawasan berisiko, lakukan persediaan atau perkara yang patut,” katanya. – 19 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

Related