Hrithik Roshan kembali ke Malaysia Disember ini, kongsi pentas dengan Prabhu Deva

Bintang Bollywood ini akan menjayakan konsert Stars On Fire Kuala Lumpur di Stadium Nasional Bukit Jalil

5:18 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bintang Bollywood, Hrithik Roshan yang dikenali dengan skil tarian hebat bakal kembali ke Malaysia untuk menjayakan konsert Stars On Fire Kuala Lumpur (KL) bersama beberapa penari terkenal dari India.

Dianjurkan Yess Boss Groups dengan kolaborasi Heart Art Entertainment dan Dembi Productions, konsert yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 1 Disember ini turut menampilkan koreografer terkenal India, Prabhu Deva; diva tari, Vaani Kapoor; selebriti tari penuh sensasi, Malaika Arora serta Sanya Malhotra yang penuh karisma.

Konsert Stars On Fire Kuala Lumpur turut menampilkan Prabhu Deva, Vaani Kapoor, Malaika Arora serta Sanya Malhotra – Gambar Yess Boss Groups, 19 Oktober, 2023

Pengarah Urusan Yess Boss Groups, Shahkeer Azzat Zailan berkata, keputusan membawa Hrithik kembali ke Malaysia selepas lapan tahun merupakan misi yang penuh dengan keterujaan.

“Ini akan menjadi penanda aras buat kami yang diberi kepercayaan oleh Heart Art Entertainment dan Dembi Productions untuk merealisasikan impian peminat melihat Hrithik kembali dengan persona, skil tarian dan penampilan memukau.

“Apatah lagi Hrithik sendiri sangat berbesar hati untuk kembali ke Malaysia dan bertemu dengan peminat yang bukan sahaja menghargai kerja seni tetapi dirinya sebagai seorang individu,” katanya.

Menurut Shahkeer Azzat, peminat berpeluang menyaksikan persembahan mega, memukau dan penuh magis kerana Hrithik akan ditemani Prabhu Deva sekali gus menjadikan konsert tersebut sebagai sejarah yang tidak akan dilupakan.

Peminat berpeluang menyaksikan persembahan mega, memukau dan penuh magis kerana Hrithik akan ditemani Prabhu Deva (gambar) – Gambar Instagram, 19 Oktober, 2023

“Dalam lambakan muzik atau pelbagai genre konsert yang berjaya dianjurkan sepanjang tahun ini, konsert itu juga akan menjadi bukti dan penanda aras bahawa aliran Bollywood sentiasa dinantikan,” katanya.

Konsert mega yang akan menjadi penutup tirai 2023 itu juga akan dimeriahkan dengan penampilan penyanyi sensasi, Aastha Gill serta dikendalikan pengacara, Bharti dan Harsh yang bakal menghiburkan penonton.

Tiket konsert itu yang ditawarkan pada harga RM149 (silver), RM249 (gold), RM549 (Platinum), RM649 (Blue Saphire) dan RM3,500 (VIP) sudah mula dijual hari ini.

Sila layari pautan https://yessbossticket.com/event/stars-on-fire-tour/ atau hubungi talian hotline 011-11546805. – 19 Oktober, 2023

Topics

 

Popular

New MM2H rules: reduced deposits and age limits for special economic zone applicants

They must only be 21 years old, deposit US$65,000 in Malaysian bank, half of which can be withdrawn under certain conditions after approval

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Related