Pengasas bersama syarikat penerbangan, isteri dan anak direman 4 hari

Terdahulu, lelaki berusia 57 tahun itu bersama isteri dan anak dibawa ke Lokap Berpusat Jinjang, di sini bagi permohonanan reman

1:02 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pengasas bersama yang juga pemegang saham terbesar sebuah syarikat penerbangan bergelar ‘Datuk’ serta isteri dan anak lelakinya direman selama empat hari.

Terdahulu, lelaki berusia 57 tahun itu bersama isteri dan anak dibawa ke Lokap Berpusat Jinjang, di sini bagi permohonanan reman.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, mereka ditahan bagi membantu siasatan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

“Reman terhadap individu bergelar Datuk bersama isteri, 55, dan anaknya, 26, dibenarkan selama empat hari.

“Sebelum ini semua individu berkenaan ditahan di rumah mereka di Shah Alam pada 5.30 petang semalam, ”katanya ketika dihubungi Scoop, hari ini.

Sebelum ini, sebuah syarikat penerbangan tambang rendah dilaporkan mengumumkan penggantungan operasinya berkuat kuasa pada 12 Oktober lalu.

Penggantungan berkenaan akan berlanjutan sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Dalam satu kenyataan, Ahli Lembaga Pengarah syarikat itu memaklumkan keputusan penggantungan tersebut dibuat kerana tekanan kewangan yang menyebabkan operasi perlu digantung sementara menunggu penstrukturan semula pemegang saham dan permodalan semula syarikat. – 18 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related