Isu kelangsungan hidup veteran tentera, ‘scammer’ tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Persidangan hari ini juga akan menyambung sesi perbahasan hari ketiga Bajet 2024, selepas ia dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat lalu

8:49 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Isu kelangsungan hidup veteran tentera, kempen beli barangan Malaysia dan penipuan atau scammer adalah antara tumpuan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, R. Yuneswaran (PH-Segamat) meminta Menteri Pertahanan menyatakan skop pemerkasaan sedang dilaksanakan secara menyeluruh terhadap kebajikan dan kelangsungan hidup veteran angkatan tentera sama ada berpencen atau tidak berpencen, sejajar dengan penilaian semula menerusi Skim Perkhidmatan dan Persaraan Negara.

Yuneswaran mengemukakan soalan itu ketika sesi Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan.

Isu kempen beli barangan Malaysia pula dibangkitkan Datuk Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) yang bertanyakan perkembangan terkini perancangan mengadakan kempen beli barangan Malaysia secara mega sebagai usaha memperkasa perusahaan mikro, kecil dan sederhana terutamanya dalam situasi perniagaan berdepan cabaran kemelesetan ekonomi.

Dalam sesi sama, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (PN-Tanah Merah) meminta Perdana Menteri menyatakan kerugian dialami dan jumlah mereka yang menjadi mangsa scammer sejak awal tahun ini.

Persidangan hari ini juga akan menyambung sesi perbahasan hari ketiga Bajet 2024, selepas ia dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat lalu.

Berdasarkan takwim Dewan Rakyat, Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 itu akan dibahas di peringkat dasar selama lapan hari, sebelum sesi jawapan oleh menteri selama empat hari bermula 30 Oktober.

Ahli-Ahli Parlimen akan mengambil bahagian dalam perbahasan rang undang-undang berkenaan di peringkat jawatankuasa selama 12 hari bermula 6 November.

Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung selama 32 hari bermula 9 Oktober hingga 30 November ini. – 18 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

Of Chinese gangs, a M’sian ex-deputy minister, and Burmese rebels: KL event ensnared in Myanmar scam centre?

Human rights group reveals event at JW Marriott for controversial Dongmei Zone, which allegedly sourced billions of ringgit in investments from prominent individuals, and reported by Chinese human trafficking victim to be rife with crime, drugs, brothels

Related