Kabinet Anwar azam terus bangun ekonomi negara, ‘kita tak hirau agenda politik kebencian’

PM berkata, pasukannya perlu terus bergerak ke hadapan bagi memastikan rakyat sama-sama membangun serta mendapat manfaat

9:09 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, beliau dan Jemaah Menterinya sentiasa memberi fokus untuk terus membangunkan ekonomi negara, tanpa menghiraukan anasir buruk yang cuba mengganggu gugat pentadbirannya.

Perdana Menteri berkata, sebagai pemimpin, pasukannya perlu terus bergerak ke hadapan bagi memastikan rakyat sama-sama membangun serta mendapat manfaat, menerusi pentadbiran kerajaan yang diurus secara baik dan teratur.

“Kita bernasib baik politik (di Malaysia) stabil dan Parlimen ampuh. Sekarang adalah masa untuk bekerja. Saya juga mengajak rakan Jemaah Menteri terus (jalan) ke hadapan demi memberi tumpuan dan perhatian untuk sama-sama terus membangunkan ekonomi negara.

“Disebabkan itu konsep Madani ditekankan (dalam pemerintahan saya) kerana amanah itu, adalah perkara penting lebih-lebih lagi bagi penjawat awam dan dalam mana-mana pengurusan profesional,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran unit tambahan skim Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) di sini, hari ini.

Dalam ucapannya, Anwar turut memaklumkan rakyat Malaysia kini sudah semakin celik dan menolak politik kebencian serta perkauman yang sering diuar-uarkan musuh politik.

“Saya percaya dukungan dalam kalangan rakyat, terutama anak-anak muda yang semakin mengerti bahawa Malaysia sudah sampai tahap di mana politik picisan, kebencian, perkauman dan fahaman agama sempit ditinggalkan serta membawa agenda baharu untuk mengangkat martabat negara ini.

“Kalau ada semangat begini, saya percaya kita ada harapan untuk melakar sejarah baharu,” katanya. – 17 Oktober, 2023

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Renewed threat on Vivekananda Ashram – Ravindran Raman Kutty

Brickfields' cultural heritage facing development risk again

We almost didn’t survive: Penampang resident recounts ‘worst flood in decades’

60-year-old describes how tragedy left him and his family devastated after losing nearly everything in their home

Related