FB Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Perak digodam, penuh video tidak senonoh

Berikutan itu, laman FB tersebut dihujani dengan komen-komen daripada warga maya yang nyata terkejut dengan video yang dipenuhi dengan aksi tidak senonoh itu

11:17 PM MYT

 


KUALA LUMPUR – Laman Facebook (FB) rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Negeri Perak telah digodam dengan video-video lucah serta ghairah telah dimuatnaik sejak 12.47 tengahari tadi.

Sebanyak 10 video ghairah wanita-wanita itu telah dimuatnaik dan disertakan tanda pagar (hashtag) seperti #ElonMusk, #CR7, #FacebookWatchMeta, #nasa dan #EURO2024.

FB tersebut mempunyai 29,000 pengikut.

Berikutan itu, laman FB tersebut dihujani dengan komen-komen daripada warga maya yang nyata terkejut dengan video yang dipenuhi dengan wanita yang memakai pakaian seksi.

Dalam pada itu, menerusi laman webnya, SPA Perak memohon orang ramai agar tidak melayari laman FB tersebut buat masa ini.

“Assalamualaikum dan salam sejahtera, dimaklumkan bahawa laman Facebook rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak telah digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Sehubungan itu, dimohon supaya tidak melayari laman tersebut. Sebarang pemakluman lanjut akan dimaklumkan melalui laman web ini. Terima kasih,” kata kenyataan tersebut.

Sehingga jam 11.06 malam, video-video lucah tersebut masih berada di FB suruhanjaya tersebut.  – 16 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

Related