Wan Saiful mohon kerajaan tidak kurangkan diskaun bayaran balik PTPTN ‘kalau nak bantu’ peminjam

Ini kerana kadar diskaun yang dikurangkan daripada 20 peratus kepada 15 peratus tidak membantu dalam usaha untuk mempercepatkan proses bayaran balik peminjam

9:22 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Wan Saiful Wan Jan tidak bersetuju dengan pengurangan diskaun bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) seperti yang diumumkan pada pembentangan Bajet 2024, Jumaat lalu.

Menurut bekas Pengerusi PTPTN itu, kadar diskaun yang dikurangkan daripada 20 peratus kepada 15 peratus tidak membantu dalam usaha untuk mempercepatkan proses bayaran balik peminjam.

Beliau turut memberi cadangan supaya kerajaan memberikan tempoh penangguhan pembayaran balik PTPTN yang sesuai bagi peminjam yang berpendapatan RM4,000 ke bawah.

“Saya agak kecewa diskaun bayaran balik dikurangkan, Kalau sekiranya betul untuk membantu rakyat saya nak bagi cadangan. Pada 18 atau 19 Februari 2020, saya sendiri hadir dalam mesyuarat Kabinet dan membentangkan cadangan bagaimana bayaran balik boleh ditangguhkan untuk mereka yang berpendapatan bawah RM4,000 sebulan.

“Cadangan dah ada, dibentangkan oleh saya sendiri dalam mesyuarat Kabinet (pada ketika itu). Ia boleh dilaksanakan,” katanya ketika sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 di Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Menurut Wan Saiful, ketika mengemudi PTPTN, cadangan itu tidak dapat dilaksanakan berikutan keadaan tidak mengizinkan disebabkan perletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri pada ketika itu.

“Dulu tak sempat nak laksana sebab bentang 18,19 Februari (2020), seminggu selepas itu (pada 24 Februari 2020) Tun Mahathir letak jawatan.

“Sekarang dah tiada alasan sekiranya itu yang hendak dilaksanakan oleh kerajaan (membantu peminjam dalam memudahkan proses bayaran balik),” katanya.

Jumaat lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan bersetuju untuk terus memberikan diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN sebanyak 10 hingga 15 peratus bermula 14 Oktober ini sehingga 31 Mac 2024.

Berbanding Bajet 2023, PTPTN telah melaksanakan pemberian diskaun sehingga 20 peratus serta penangguhan bayaran balik kepada peminjam berpendapatan bulanan RM1,800 ke bawah untuk tempoh enam bulan yang dibuat bermula 1 Mac lalu. – 16 Oktober,2023

Topics

 

Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Tennis star Kyrgios enjoys Raya with family in Malaysia

Born Nick Hilmy Kyrgios, he boasts Malaysian heritage through his mother, Norlaila – affectionately known as Nil. 

Adakah Petronas akan kurangkan pekerja untuk atasi kerugian daripada perjanjian dengan Petros?

Sumber mendakwa syarikat minyak dan gas negara dijangka mengalami kerugian hasil sebanyak 30% sebaik formula yang dipersetujui untuk pengagihan gas asli di Sarawak dilaksanakan

Related