Kajian SSPA dijangka siap menjelang pertengahan tahun depan: Anwar

Beliau turut berharap pengiktirafan kerajaan kepada penjawat awam, disambut sektor swasta kerana tidak munasabah mengharapkan prestasi meningkat tinggi dan produktiviti menggalakkan, tetapi upah tidak bertambah

10:47 AM MYT

 

PUTRAJAYA – Kerajaan menjangkakan Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) dapat disiapkan menjelang pertengahan tahun depan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata, sedikit masa diperlukan bagi melengkapkan kajian komprehensif itu.

Malah, katanya, semua jabatan dan sektor yang agak ketinggalan atau tiada akses, mesti diberi kesempatan untuk mengemukakan pandangan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

“Saya nak semua rumusan itu sampai ke meja kami untuk bincang di peringkat tertinggi, supaya dapat ruang langsung.

“Tentunya ini akan ambil lebih masa sedikit daripada biasa, mereka anggap kalau betu-betul kajian yang serius dan komprehensif bagi reform (mengubah) pentadbiran awam yang juga melibatkan kenaikan gaji penjawat awam, ia mungkin mengambil masa lebih enam bulan.

“Sebab itu sementara, saya berikan RM2,000 kepada penjawat awam dan juga RM1,000 kepada pesara sebagai token perkhidmatan mereka. Sementara kajian persaraan itu harus disiapkan, saya harap pertengahan tahun depan kita kena siapkan supaya ada pengumuman penting dalam belanjawan akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perjumpaan Bulanan Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri di sini, hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan memaklumkan, langkah diambil kerajaan itu juga adalah isyarat bahawa perhatian lebih baik akan diberi kepada penjawat awam.

“Kerana tidak munasabah untuk mengharapkan prestasi itu meningkat tinggi, produktiviti tinggi, tetapi upahnya tidak meningkat,” katanya.

Pada masa sama, beliau berharap isyarat sama turut disambut sektor swasta untuk turut mempertimbang kenaikan upah pekerja.

“Tetapi sementara itu saya juga minta sektor swasta, ada yang komplen syarikat untung RM400 juta setahun, tapi upah pekerja tidak meningkat langsung.

“Jadi saya harap signal diberikan kerajaan untuk memberikan pengiktirafan kepada penjawat awam juga, disambut sektor swasta, terutama yang mencatatkan keuntungan baik,” katanya. 

“Bagilah sedikit tambahan yang munasabah dalan keadaan sekarang,” katanya.

Dalam Bajet 2024, kerajaan bersetuju memberikan Bayaran Insentif Awal Kajian SSPA sebanyak RM2,000 kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah, termasuk lantikan kontrak.

Manakala, RM1,000 diberikan kepada semua Jawatan Utama Sektor Awam, membabitkan polis, bomba, tentera, angkatan bersenjata dan anggota beruniform.

Bayaran itu diberikan, sementara menunggu kajian SSPA berkenaan lengkap. – 16 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

[UPDATED] Petronas confirms ongoing productivity reviews to ‘eliminate inefficiencies’

Responding to Scoop, industry giant said it aims to become ‘operationally focused, commercially agile and cost-efficient’, but did not clarify if it is linked to Petros deal

Related