Aidil Aziz jadi Dion Cools dalam filem Harimau Malaya: The Untold Journey

Handal bermain bola sepak antara sebab utama kenapa Aidil Aziz dipilih untuk membintangi filem Harimau Malaya: The Untold Journey memainkan watak sebagai pemain berdarah campuran, Dion Cools

7:31 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Pelakon kacak. Aidil Aziz bakal melakonkan watak tonggak pertahanan Harimau Malaya, Dion Cools dalam filem terbaharu arahan Datuk Afdlin Shauki Aksan berjudul Harimau Malaya:The Untold Journey.

Menurut Aidil atau nama sebenarnya Mohd Aidil Abdul Aziz , 36, tawaran itu disifatkan sebagai ‘bulan jatuh ke riba’ kerana dia memang menantikan tawaran untuk membintangi filem tersebut.

“Alhamdulillah saya sangat gembira dan bersyukur dapat memegang watak sebagai pemain bola Harimau Malaya iaitu Dion Cools dalam filem ini.

“Apa yang membuat saya lebih gembira adalah kerana sukan bola sepak adalah ‘makanan’ saya.

“Saya main bola sepak dua tiga kali seminggu. Bola sepak adalah kardio untuk saya kerana saya bukan kaki ‘gym’.

“Tak dapat jadi pemain bola sepak Malaysia, dapat berlakon pun jadi lah,” katanya ketika ditemui pada sidang media pelancaran filem Harimau Malaya : The Untold Journey.

Kongsi suami kepada Fasha Sandha ini lagi, lepas Hari Raya Aidilfitri yang lalu dia memang sudah berniat untuk besarkan tubuhnya kerana inginkan perubahan agar dapat tawaran baru dalam dunia lakonan.

“Saya beritahu isteri saya ingin besarkan badan dari saiz M ke saiz L. 14 tahun saya berlakon drama, kini tiba masanya untuk saya sasar berlakon filem. Tak sangka hasilnya, saya ditawarkan berlakon filem ini. Ini adalah rezeki dari Allah,” ujarnya.

Bercerita mengenai wataknya sebagai Dion Cools, kata Aidil dia perlu belajar dan mengkaji mengenai pemain berdarah kacukan Cina dan Belgium itu.

“Cabaran untuk saya adalah bagaimana untuk melakonkan watak seorang yang bukan Melayu. Jadi saya kena bertutur dalam bahasa Inggeris. Kalau cakap bahasa Melayu pun mesti ada ‘slang’. Tetapi cabaran inilah yang saya suka,’’ katanya.

Selain Aidil, filem yang diinspirasikan dari kisah benar ini turut dibintangi oleh Syafiq Kyle, Sophia Albrakbah, Namron, Tony Eusoff, Aiman Hakim Redza, Zahirah McWilson dan ramai lagi. – 15 Oktober, 2023

Topics

Popular

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Hartalega Holdings falls prey to ransomware attack, internal systems down

According to an urgent notice sent out by its IT team to personnel in the Bursa-listed firm’s wholly-owned subsidiaries Hartalega NGC Sdn Bhd and Hartalega Sdn Bhd, a number of applications and softwares are currently inaccessible due to the attack.  

Evacuation ordered after bomb threat at Tourism Ministry complex in Putrajaya

Police bomb squad, Fire Dept at scene after suspect package delivered to building

Related