Gantung operasi: MYAirline akan percepat bayaran tiket, minta pengguna bersabar, ‘kami kendali 12,000 emel’

MYAirline turut memohon maaf kepada semua penumpang dan agensi penerbangan yang terjejas akibat penggantungan operasi perkhidmatannya

5:32 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Syarikat penerbangan tambang rendah, MYAirline memaklumkan pihaknya sedang mempercepat proses pembayaran semula harga tiket kepada pengguna yang terjejas, susulan penggantungan operasinya.

Eksekutif interim MYAirlines, Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman berkata, mereka juga diminta bersabar berhubung perkara itu, memandangkan pihak syarikat mengendalikan jumlah emel yang banyak.

“Kami sedang mempercepatkan proses pembayaran balik dan ingin meminta kesabaran anda kerana kami mengendalikan jumlah emel tinggi, iaitu lebih 12,000,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau berkata, MYAirline ingin memohon maaf kepada semua penumpang dan agensi penerbangan yang terjejas akibat penggantungan operasi syarikat berkenaan secara tiba-tiba.

“Bagi pihak MYAirline, kami ingin menyatakan rasa kesal terhadap kejadian baru-baru ini dan bagaimana ia memberi kesan kepada semua penumpang kami,” katanya.

Azharuddin berkata, MYAirline juga dalam proses mewujudkan talian hotline untuk membantu penumpang terjejas dengan lebih baik.

“Bagi memudahkan proses pembayaran balik, penumpang boleh memberikan nombor tempahan (PNR) mereka ke emel kami di [email protected],” katanya.

Mengulas mengenai status pekerjaan kakitangan MYAirline, beliau menjelaskan, kesemua mereka masih bekerja dengan syarikat dan tidak diberikan cuti tanpa gaji.

“Berkenaan dengan perkongsian strategik, sukacitanya, beberapa pihak sudah menunjukkan minat dan kami sedang menilai cadangan itu sebaiknya.

“Kami akan terus memberikan maklumat terkini berhubung perkembangan syarikat kepada penumpang yang kami hargai dan pihak berkepentingan berkaitan,” katanya.

Terdahulu, MYAirline mengumumkan penggantungan operasinya berkuat kuasa 12 Oktober lalu, hingga tempoh yang akan dimaklumkan kelak.

Lembaga Pengarah MYAirline memaklumkan, keputusan itu diambil susulan syarikat terbabit kini mengalami masalah kewangan ketara.

Katanya, penggantungan operasi itu juga dilakukan sementara menunggu penstrukturan semula pemegang saham dan permodalan syarikat penerbangan berkenaan kembali dilakukan.

“Kami amat kesal dan memohon maaf kerana terpaksa membuat keputusan ini kerana kami memahami kesannya terhadap penumpang setia kami, pekerja serta rakan kongsi kami yang berdedikasi,” katanya menerusi kenyataan. – 14 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-year-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

Umno on life support: time for Anwar to pull the plug and bury the loonies – Tuan Muda

The writer doesn't mince his words when he calls for curtains on Malaysia's once premier Malay party

Anwar’s plan: protecting Petronas and restoring the ringgit – Tuan Muda

How the prime minister’s reforms are taking shape in crucial institutions

Related