Cuepacs hargai komitmen kerajaan bantu penjawat awam tapi minta percepat kajian SSPA

Menurut Adnan, SSPA yang baharu ini amat penting bagi memastikan gaji diterima penjawat awam ketika ini sesuai dengan persekitaran ekonomi semasa yang begitu mencengkam

8:03 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berterima kasih atas Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) dalam Bajet 2024, hari ini.

Presidennya, Datuk Adnan Mat berkata, bagaimanapun pihaknya menuntut komitmen kerajaan untuk mempercepatkan kajian SSPA supaya ia dapat dilaksanakan dengan segera pada tahun hadapan.

Menurutnya, SSPA yang baharu ini amat penting bagi memastikan gaji diterima penjawat awam ketika ini sesuai dengan persekitaran ekonomi semasa yang begitu mencengkam.

“Bayaran insentif hanyalah bersifat sementara dan tidak mampu menyelesaikan masalah pendapatan yang tidak setara dengan peningkatan kos sara hidup.

“Pelaksanaan SSPA yang baharu serta komprehensif adalah perkara dituntut penjawat awam dan ia disampaikan kepada kerajaan melalui sesi libat urus yang dilaksanakan sebelum ini.

“Cuepacs meletakkan sepenuhnya kepercayaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk merangka usaha yang boleh mempercepatkan pelaksanaan SSPA baharu seperti dijanjikan kepada semua penjawat awam,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mengenai bayaran RM2,000 yang akan diterima oleh semua penjawat awam gred 56 ke bawah serta RM1,000 kepada semua jawatan utama sektor awam yang diumumkan Perdana Menteri, Adnan berkata, ia jelas membuktikan bahawa kerajaan komited dalam menjaga kebajikan warga perkhidmatan awam.

“Pemberian insentif secara sekali gus pada Februari 2024 juga dilihat tepat apabila ia boleh mengurangkan beban persediaan bagi perbelanjaan persekolahan anak serta persiapan menyambut Ramadan dan Syawal,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, Cuepacs juga menghargai langkah kerajaan memperluas kemudahan Bantuan Bayaran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi yang meliputi pakaian batik Malaysia untuk semua penjawat awam yang layak.

“Langkah ini dapat membantu menjayakan inisiatif kerajaan untuk meningkatkan industri batik negara. Kita tidak mahu arahan pemakaian baju batik Malaysia kepada pegawai perkhidmatan awam ini tidak memberi impak yang berkesan disebabkan tiada sambutan.

“Langkah tersebut sekurang-kurangnya turut membantu penjawat awam untuk benar-benar membeli batik Malaysia yang tulen dan berkualiti,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, komitmen kerajaan dalam menyalurkan peruntukan sehingga RM2.4 bilion bagi membina, menyelenggara dan membaik pulih kuarters penjawat awam diharap dapat membantu menyelesaikan masalah perumahan penjawat awam.

Katanya, langkah itu juga dapat mengurangkan masalah penjawat awam yang terpaksa tinggal jauh daripada lokasi mereka bekerja disebabkan ketiadaan kediaman mampu milik di kawasan tersebut.

“Bagaimanapun Cuepacs berharap pembinaan kediaman mampu milik untuk dibeli oleh penjawat awam dilaksanakan semula oleh kerajaan.

“Ia adalah langkah yang lebih tepat untuk membantu penjawat awam memiliki kediaman sendiri berbanding menyewa atau tinggal di kuarters kerajaan,” katanya. – 13 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Fugitive preacher Zakir Naik defies Malaysia’s speech ban?

The Indian national preacher allegedly defied Malaysia’s speech ban with an address at the Perlis International Sunnah Convention 2025

Amirudin signals move to federal politics

The Selangor menteri besar is preparing for a move to the federal government by 2028, following an unwritten two-term limit for the state’s top post

Everyone makes mistakes: Hannah should forgive Razman, says PAS spiritual leader

Datuk Hashim Jasin says Youth and Sports Minister should let bygones be bygones over ‘YTL daughter’ gaffe

Related