Bajet 2024: Guru KAFA, takmir, imam, bilal terima sumbangan khas RM700

Sumbangan khas lebih tinggi berbanding Bajet 2023 itu, diberikan sebagai penghargaan terhadap jasa dan peranan golongan itu

7:06 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju memberikan sumbangan khas sebanyak RM700 kepada 70,000 guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA), guru takmir, imam serta bilal, sebagai penghargaan terhadap jasa dan peranan golongan itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sumbangan itu akan disalurkan terus kepada mereka dengan peruntukan lebih RM50 juta.

Katanya, kerajaan juga akan menggembalikan semula geran bantuan bernilai RM20,000 kepada semua Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang berdaftar di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

“Pemberian ini diharap dapat menyokong fungsi SAR dalam melahirkan generasi baharu Islam yang seimbang ilmu duniawi dan ukhrawi mereka,” katanya ketika membentangkan Bajet 2023 di Dewan Rakyat hari ini.

Anwar berkata, dua institusi pendidikan Islam akan dibina di Kompleks Sekolah Menengah (SM) Integrasi Sains Tahfiz Bukit Jalil Kuala Lumpur dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Jempol, Negeri Sembilan membabitkan kos RM220 juta.

“Kerajaan juga memperuntukkan RM150 juta kepada Jakim untuk menyelenggara dan menaik taraf prasarana institusi pendidikan Islam, antaranya sekolah agama rakyat, institusi pondok berdaftar serta sekolah tahfiz,” katanya.

Keseluruhannya, sebanyak RM1.9 bilion diperuntukan kerajaan bagi terus merancakkan pengurusan dan pembangunan hal ehwal Islam sepanjang tahun 2024. – 13 Oktober, 2023

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Zii Jia’s payment sponsorship-based, not for national representation, says BAM admin head

This as badminton body’s sponsors differ from star shuttler’s, says Michelle Chai

Bar Council’s challenge of Pardons Board decision to reduce Najib’s sentence is ‘unprecedented’: Hamid Sultan

Retired judge says he has never heard of an attempt to impair a prisoner's constitutional rights, or an injunction to restrict their rights

Related