Bajet 2024: Permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan, kriteria pendapatan ibu bapa keluarga kurang mampu diperluas

Kerajaan juga bersetuju memperluas pemberian bantuan di bawah Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin yang mampu memanfaat sejuta murid

6:13 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bermula tahun depan, kerajaan bersetuju meluaskan kriteria pendapatan ibu bapa bagi permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) mengikut kadar pendapatan garis kemiskinan (PGK) baharu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kadar PGK baharu itu adalah RM2,589, berbanding RM1,500 sebelum ini.

Katanya, peluasan syarat itu akan memberi peluang kepada tambahan 35,000 anak bangsa daripada keluarga kurang mampu untuk mendapat BKP.

“Bagi memastikan anak-anak keluarga miskin tidak tercicir daripada pendidikan, kerajaan juga bersetuju memperluas pemberian bantuan di bawah Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin kepada murid, hingga Tingkatan Tiga, berbanding hingga Tingkatan Satu sebelum ini.

“Keseluruhannya, sejuta murid akan menerima manfaat dengan RM150 juta,” katanya ketika membentangkan Bajet 2024 di Dewan Rakyat hari ini. – 13 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related