Didakwa bakal menerajui UiTM, ‘sejujurnya saya tidak tahu dari mana datang khabar angin ini’: Maszlee

Katanya, tidak pernah dan tidak terlintas di dalam fikiran beliau untuk memohon jawatan itu

9:59 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Pendidikan, Maszlee Malik menegaskan, beliau tidak mengetahui bagaimana tercetus khabar angin bahawa namanya disebut-sebut dan dicadangkan sebagai Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) baharu, seperti dilaporkan media.

Malah, katanya, beliau tidak mengetahui bagaimana khabar angin itu muncul.

Jelasnya, perkara terbabit diperkatakan selepas ia dilapor media tempatan, sebelum beliau mula menerima ucapan tahniah dan pertanyaan ramai.

“Saya menerima jujutan ucapan tahniah, pertanyaan dan juga saranan kerana artikel di bawah.

“Menurut artikel tersebut, nama saya dicadangkan untuk menerajui UiTM selepas tempoh VC (Naib Canselor) universiti berkenaan tamat tempoh beberapa hari lalu.

“Sejujurnya saya tidak tahu dari mana datang khabar angin ini dan bagaimana ia boleh muncul,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Mantan Ahli Parlimen Simpang Renggam itu berkata, apa diketahuinya, pemilihan jawatan Naib Canselor mestilah melalui permohonan, saringan dan temuduga.

“Saya tidak pernah dan tidak terlintas di dalam benak fikiran untuk memohon jawatan tersebut.

“Apapun saya ucapkan terima kasih kepada pemberita yang membawa berita ini kerana beliau menyebabkan ramai rakan saya yang lama menyepi, kini mula berhubung dengan saya kembali.

“Tiada yang lebih utama dari persahabatan dan persaudaraan, sama ada ketika berpangkat mahupun tidak,” katanya.

Pada masa sama, Maszlee mengharapkan pengurusan UiTM mampu terus memperkasa institusi pendidikan tinggi berkenaan demi kebaikan masa depan anak bangsa.

“Buat UiTM, teruslah menerajui pendidikan tinggi untuk membawa agenda Bumiputera dan negara, agar Malaysia yang kita cintai ini menjadi negara berpendidikan, maju, bertamadun serta kaya dengan nilai murni,” katanya.

Maszlee, 49, pernah menerajui Kementerian Pendidikan (KPM) ketika pentadbiran Pakatan Harapan (PH) di bawah Tun Dr Mahathir Mohamad dari Mei 2018 hingga peletakan jawatannya pada Januari 2020.

Beliau juga dilantik sebagai Presiden ke-7 Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada tahun 2018.

Profesor Datuk Roziah Mohd Janor bersara sebagai Naib Canselor UiTM selepas lebih dua tahun memegang jawatan itu. – Gambar Facebook UiTM, 13 Oktober, 2023

Terdahulu, media tempatan melaporkan nama Maszlee antara dipetik sebagai individu bakal mentadbir UiTM, selepas Naib Canselornya, Profesor Datuk Roziah Mohd Janor bersara wajib berkuat kuasa semalam.

Nama Maszlee didakwa hangat disebut-sebut selepas terdapat sekeping poster tular dalam kalangan kakitangan UiTM, mendakwa beliau antara dicadangkan untuk memegang jawatan nombor satu eksekutif universiti awam (UA) berkenaan.

Selain beliau, nama didakwa disebut sebagai calon jawatan itu adalah Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP) UiTM, Profesor Mohd Sazili Shahibi dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa (HEA) UiTM, Profesor Datin Dr Suzana Sulaiman.

Ketika ini, Suzana menjalankan tugas Naib Canselor UiTM berkuat kuasa 12 Oktober susulan persaraan Roziah, sebelum pelantikan baharu jawatan terbabit dimuktamadkan.

Roziah dilantik sebagai Naib Canselor UiTM sejak Ogos 2021 dan berkhidmat bersama universiti itu selama 33 tahun.

Pelantikannya melakar sejarah tersendiri apabila beliau adalah wanita pertama dilantik sebagai Naib Canselor UiTM yang memiliki 34 cawangan di seluruh negara. – 13 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Tennis star Kyrgios enjoys Raya with family in Malaysia

Born Nick Hilmy Kyrgios, he boasts Malaysian heritage through his mother, Norlaila – affectionately known as Nil. 

Adakah Petronas akan kurangkan pekerja untuk atasi kerugian daripada perjanjian dengan Petros?

Sumber mendakwa syarikat minyak dan gas negara dijangka mengalami kerugian hasil sebanyak 30% sebaik formula yang dipersetujui untuk pengagihan gas asli di Sarawak dilaksanakan

Related