MYAirline tak dapat tawar bantuan segera kepada penumpang terjejas kerana kekangan kewangan

Syarikat itu memohon maaf kerana tidak menyediakan masa mencukupi untuk penumpangnya yang terkandas di lapangan terbang

4:57 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Syarikat penerbangan tambang murah, MYAirline Sdn Bhd (MYAirline) tidak dapat menawarkan bantuan segera kepada penumpang yang terjejas susulan penggantungan operasinya berkuat kuasa hari ini disebabkan kekangan kewangan.

MYAirline menerusi satu kenyataan hari ini memaklumkan, syarikat itu memohon maaf kerana tidak menyediakan masa mencukupi untuk penumpang yang terkandas di lapangan terbang.

“Kami mengakui kemarahan dan kekecewaan yang dihadapi penumpang dan semua pihak yang terjejas. MYAirline dengan tegas mengakui tanggungjawabnya untuk kegagalan ini disebabkan notis mengejut kami.

“Disebabkan kekangan kewangan yang kami hadapi ketika ini, kami tidak dapat menawarkan penumpang yang terjejas di lapangan terbang sebarang pilihan pemulihan perkhidmatan segera,” katanya.

Susulan itu, MYAirline meminta semua penumpang terjejas untuk menghubungi wakil syarikat itu di [email protected] (dari jam 7 pagi hingga 12 tengah malam) untuk memulakan proses bayaran balik.

“Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada AirAsia, Batik Air dan Malaysia Airlines serta Malaysian Airports Holdings Berhad (MAHB) kerana membantu penumpang yang terjejas ketika ini.

“Pada masa ini, MYAirline sedang meneroka semua jalan untuk mengaktifkan semula operasinya dan terbang semula. Kami meminta kesabaran daripada semua pihak berkepentingan sementara kami menilai semua pilihan,” katanya.

Ujarnya lagi, MYAirline akan terus mengeluarkan kemas kini selanjutnya apabila ia tersedia.

Awal hari ini, MyAirline mengumumkan penggantungan operasinya berkuat kuasa hari ini sehingga diberitahu kelak.

Dalam satu kenyataan, Ahli Lembaga Pengarah syarikat itu memaklumkan keputusan penggantungan tersebut dibuat kerana tekanan kewangan yang menyebabkan operasi perlu digantung sementara menunggu penstrukturan semula pemegang saham dan permodalan semula syarikat.

Pada masa sama, MYAirline turut menasihati penumpang yang terjejas supaya tidak ke lapangan terbang selain perlu mencari alternatif lain untuk ke destinasi mereka.

MYAirline diasaskan secara rasmi pada 11 Januari 2021 dengan sokongan kewangan daripada Zillion Wealth Bhd (88 peratus), Trillion Cove Holdings Bhd (10 peratus) dan Pengasas Bersama dan Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Rayner Teo (dua peratus).

Sebelum ini, media melaporkan syarikat penerbangan tambang rendah itu dipercayai akan menerima pelabur baharu yang berpotensi menyelesaikan masalah kewangan yang melanda MYAirline.

Perkara itu susulan peletakan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif MYAirline, Rayner Teo yang berkuat kuasa 7 Oktober 2023 atas sebab kesihatan. – 12 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-year-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

Anwar’s plan: protecting Petronas and restoring the ringgit – Tuan Muda

How the prime minister’s reforms are taking shape in crucial institutions

Umno on life support: time for Anwar to pull the plug and bury the loonies – Tuan Muda

The writer doesn't mince his words when he calls for curtains on Malaysia's once premier Malay party

Related