Penjualan KidZania Singapura oleh Khazanah bukan transaksi penjualan saham: Anwar

Pihak SLG telah membeli semua aset tidak alih dan aset yang dilupuskan daripada pelikuidasi yang dilantik oleh DRH atas harga bidaan RM380,000 yang ditentukan oleh pelikuidasi tersebut

8:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penjualan aset KidZania Singapura oleh Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) atau syarikat Destination Resorts and Hotels Sdn Bhd (DRH) kepada Sim Leisure Group (SLG) bukanlah sebuah transaksi penjualan saham, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan berkata, pihak SLG telah membeli semua aset tidak alih dan aset yang dilupuskan daripada pelikuidasi yang dilantik oleh DRH atas harga bidaan RM380,000 yang ditentukan oleh pelikuidasi tersebut.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata SLG telah membeli semua aset tidak alih dan aset yang dilupuskan daripada pelikuidasi yang dilantik oleh DRH. – Gambar ihsan Japen, 12 Oktober, 2023

Beliau berkata, pada awal 2020, anak syarikat DRH, Rakan Riang Pte Limited (RRPL) yang mengendalikan KidZania Singapura telah membuat satu kajian pasaran untuk mengenal pasti minat pelabur bagi membeli saham RRPL dan mengambilalih KidZania Singapura.

“Tetapi usaha ini tidak berjaya apabila wabak COVID-19 melanda negara dan industri pelancongan telah terjejas secara langsung.

“Berikutan itu, DRH telah mengambil keputusan untuk membubarkan RRPL, menutup operasi KidZania Singapura, menamatkan lesen perjanjian francais KidZania Singapura dengan KidZania Mexico serta menamatkan kontrak perjanjian penyewaan bangunan dengan Singapore Development Corporation (SDC) pada Jun 2020 setelah pelbagai usaha yang dilakukan gagal memulihkan keadaan kewangan KidZania Singapura,” katanya dalam jawapan bertulis di Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan lisan Pang Hok Liong (PH-Labis) yang ingin tahu apakah tindakan sewajarnya akan diambil terhadap mereka yang menyebabkan kerugian selepas KidZania Singapura yang dimiliki oleh Khazanah yang telah dibeli oleh SLG dengan harga RM380,000 pada November 2020 telah mengakibatkan Khazanah mengalami kerugian besar sejumlah RM200 juta.

Selain itu Perdana Menteri berkata, SLG telah membeli semua aset tidak boleh alih daripada pelikuidasi secara rundingan terus, lesen francais dengan KidZania Mexico dan rundingan penyewaan bangunan dengan pihak SDC tanpa melibatkan pihak DRH.

Jun lalu SLG dalam satu kenyataan menjelaskan Khazanah Nasional Bhd tidak terbabit dalam proses penjualan taman tema itu.

Ia menjelaskan bahawa KidZania Singapore adalah aset gagal yang ditutup pada 2020 dan menjadi penerima di bawah pelikuidasi Singapura, yang mana SLG membeli aset tidak alih itu. – 11 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Tennis star Kyrgios enjoys Raya with family in Malaysia

Born Nick Hilmy Kyrgios, he boasts Malaysian heritage through his mother, Norlaila – affectionately known as Nil. 

Adakah Petronas akan kurangkan pekerja untuk atasi kerugian daripada perjanjian dengan Petros?

Sumber mendakwa syarikat minyak dan gas negara dijangka mengalami kerugian hasil sebanyak 30% sebaik formula yang dipersetujui untuk pengagihan gas asli di Sarawak dilaksanakan

Related