Keterangan penganalisis BNM berdasarkan jejak wang 1MDB dalam penyata bank Najib: DPP

Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib berkata pendakwaan tidak pernah memanggil saksi ke-47, untuk memberi keterangan sebagai saksi pakar. Beliau adalah saksi fakta.

8:56 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pendakwaan kes 1Malaysia Development Berhad (1MBD) berkata keterangan penganalisis Bank Negara Malaysia (BNM) mengenai aliran wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah berdasarkan data dalam penyata bank Datuk Seri Najib Tun Razak dan dokumentasi lain.

Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib berkata pendakwaan tidak pernah memanggil Adam Ariff Mohd Roslan, 29, yang juga saksi ke-47, untuk memberi keterangan sebagai saksi pakar.

“Beliau adalah saksi fakta. Kegagalan untuk menyoal balas adalah sama dengan menerima fakta yang dinyatakan oleh beliau. Ia adalah semudah itu,” katanya.

Ahmad Akram berkata demikian selepas perkara itu dibangkitkan oleh peguam utama Najib iaitu Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang memaklumkan mahkamah bahawa Adam Ariff bukan seorang saksi pakar, justeru keterangannya adalah tidak relevan.

Terdahulu, saksi itu mengesahkan bahawa beliau bukan hadir sebagai saksi pakar sebaliknya memberi keterangan sebagai penganalisis dalam pasukan petugas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan kes 1MDB.

Pada peringkat ini, Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah mencelah bahawa isu mengenai Akta Keterangan boleh dibangkitkan di akhir kes pendakwaan semasa hujahan.

Semasa pemeriksaan balas, saksi itu berpegang kepada laporan beliau mengenai jejak wang meskipun Muhammad Shafee berhujah bahawa Adam Ariff tidak memiliki dokumen yang mencukupi untuk merumuskan bahawa sejumlah US$20,000,000 telah dikreditkan ke dalam akaun Najib di Ambank.

Kepada soalan lain, Adam Ariff mengesahkan bahawa SPRM tidak memberikan sebarang dokumen berkaitan Bank Riyad di bawah nama ‘Yang Teramat Mulia Putera Faisal bin Turki Al-Saud/YTM Putera Saud bin Abdulaziz Al-Saud.’

Akaun Bank Riyad telah memindahkan dana ke akaun Najib dalam tempoh satu hingga tiga hari selepas Good Star, entiti milik ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho memindahkan dana kepada akaun Putera Faisal.

Menerusi laporan jejak wangnya bagi fasa Good Star, Adam Ariff berkata sejumlah US$20,000,000 telah dikreditkan ke akaun Najib dalam dua transaksi daripada akaun Good Star di Bank Riyad iaitu pada 24 Februari dan 14 Jun 2011.

Muhammad Shafee: Oleh yang demikian, anda tidak boleh merumuskan secara saintifik bahawa wang berjumlah US$10 juta pada kedua-dua tarikh adalah berasal daripada Good Star.

Adam Ariff: Secara saintifik, tidak.

Muhammad Shafee: Jadi ia adalah pendapat yang berasaskan kepada tekaan bijak?

Adam Ariff: Saya tidak setuju. Saya tidak mempunyai bukti pada akaun bank itu tetapi saya mempunyai bukti sebelum dan selepas pindahan wang dilakukan dan berpendapat bahawa sebagai seorang penganalisis, bukti itu sudah mencukupi.

Najib, 70, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukan beliau untuk mendapatkan suapan berjumlah RM2.3 bilion milik 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan amaun sama.

Perbicaraan di hadapan Sequerah bersambung esok. – 10 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Related