PRK Pelangai: Polis Pahang rakam keterangan Muhammad Sanusi

Keterangan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor direkodkan di Balai Polis Manchis, Bentong pada 7 Oktober lepas, susulan terdapat dua laporan dibuat terhadap beliau

3:09 PM MYT

 

KUANTAN – Polis Pahang telah merakamkan percakapan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, difahamkan berhubung kenyataan yang dibuat semasa sesi ceramah pada 22 September lepas, sehari sebelum penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata keterangan Muhammad Sanusi direkodkan di Balai Polis Manchis, Bentong pada 7 Oktober lepas, susulan terdapat dua laporan dibuat terhadap beliau. 

“Keseluruhannya, kita sudah mengambil keterangan lima individu dan siasatan lanjut masih dijalankan sebelum dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya,” katanya kepada Bernama semasa ditemui selepas Perhimpunan Bulanan Polis Pahang di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang di sini hari ini. 

Beliau berkata siasatan terhadap Muhammad Sanusi dibuat mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan 1948, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 4A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Dalam perkembangan lain, Yahaya berkata laporan bedah siasat terhadap pendaki warga India Nandan Suresh Nadkarni, 44, yang ditemukan maut selepas mendaki Gunung Jasar di Cameron Highlands sebelum ini, mengesahkan mangsa mengalami hipotermia.  

“Urusan berkaitan penyerahan jasad mangsa kepada wakil waris telah dilakukan oleh polis kontinjen Perak selepas bedah siasat di hospital di Ipoh selesai pada 1 Oktober lepas,” katanya. 

Sebelum ini, mangsa dilaporkan hilang sejak 22 September semasa melakukan aktiviti mendaki di Trail 10 Gunung Jasar seorang diri, dipercayai tersasar dari laluan asal semasa turun dari puncak bukit sehingga tersesat melepasi sempadan Perak.   

Mayat mangsa ditemukan pada petang 30 September di satu anak sungai kira-kira enam kilometer dari Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) di kaki gunung itu, dan dibawa turun menggunakan helikopter Pasukan Gerakan Udara (PGU) pada 1 Oktober. 

Nandan Suresh yang bekerja sebagai aktuari mendaftar masuk ke Hikers Sleep Port Guest House, Tanah Rata pada 19 September dan sepatutnya mendaftar keluar pada 24 September, namun rakaman kamera liter tertutup (CCTV) di sekitar Tanah Rata mendapati mangsa keluar dari hotel pada pagi 22 September. – 10 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

The North Face bids farewell to Malaysia with 60% clearance sale

Beloved outdoor brand announces closure of its seven retail outlets, leaving fans saddened, with many expressing their feelings on social media

Related