Peruntukan untuk pembangkang, 3 MP wakili PN belum hubungi saya: Fadillah

Beliau juga tidak menerima sebarang surat rasmi daripada ahli parlimen terbabit untuk mengadakan sebarang pertemuan

12:13 AM MYT

 

KOTA BHARU – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) yang telah dilantik untuk mengadakan rundingan mengenai jumlah peruntukan yang bakal diterima Ahli Parlimen pembangkang masih belum mengadakan sebarang pertemuan dengan beliau.

Katanya beliau juga tidak menerima sebarang surat rasmi daripada ahli parlimen terbabit untuk mengadakan sebarang pertemuan.

“Setakat ini yang jumpa saya cuma Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Ahli Parlimen Muar), daripada PN belum lagi, belum ada surat rasmi daripada mereka dan saya (masih) menunggu.

“Pernah ada perjumpaan dengan mereka tetapi berkaitan hal-hal lain,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Jubli Emas Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN), di sini malam ini.

April lepas Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata tiga Ahli Parlimen PN iaitu Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Radzi Jidin telah dilantik untuk mengadakan rundingan dengan Fadillah.

Sementara itu mengulas mengenai hasrat kerajaan meneruskan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dengan kaedah latihan yang berbeza, Fadillah berkata langkah itu perlu bagi membangkitkan semangat kenegaraaan kepada golongan belia.

“Bukan sahaja semangat tetapi juga disiplin ketenteraan, itu akan dibangunkan kerana kita memerlukan belia yang gagah perkasa dan pada masa yang sama mempunyai semangat patriotik yang tinggi,” katanya.

Pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata PLKN 3.0 akan turut memerlukan anak muda menjalani latihan di kem tentera. – 10 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related