Kerajaan tidak beri kontrak rangkaian 5G kedua secara rundingan terus: Fahmi

Mana-mana pihak yang ingin membuat bidaan untuk kontrak rangkaian 5G kedua boleh melakukannya apabila tiba masanya melalui tender terbuka

10:38 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak memberikan kontrak rangkaian 5G kedua kepada mana-mana pihak secara rundingan terus, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

Beliau yang menafikan kontrak berkenaan telah diberikan kepada gergasi telekomunikasi China, Huawei secara rundingan terus berkata mana-mana pihak yang ingin membuat bidaan boleh melakukannya apabila tiba masanya melalui tender terbuka.

“Ia adalah aspek komersial dan sama seperti yang dilalui pihak DNB (Digital Nasional Bhd), ia bergantung, apabila kita wujudkan entiti B iaitu network kedua, semestinya pihak lembaga akan membuat keputusan-keputusan yang bersikap komersial.

“Mana-mana sahaja pihak yang dapat memberi perkhidmatan pada harga yang rendah, maka harga rendah itu akan menang (bidaan). Pada waktu ini, belum ada apa-apa,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Hari Pos Sedunia 2023 di ibu pejabat Pos Malaysia di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan bekas Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Ong Kian Ming yang mempersoalkan langkah kerajaan memberikan kontrak rangkaian 5G kedua kepada gergasi telekomunikasi China, Huawei secara rundingan terus.

Beliau turut menjelaskan bahawa ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam majlis penutup Sidang Kemuncak Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT) Malaysia 2023 anjuran Huawei Technologies (M) Sdn Bhd bulan lepas disalah tafsir, kerana ucapannya adalah dalam konteks majlis berkenaan.

Sementara itu Fahmi berkata perbincangan mengenai harga lantai industri kurier kini dalam peringkat akhir dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan membuat pengumuman apabila mencapai keputusan mengenainya dalam masa terdekat.

“Sebelum ini, kita tidak menetapkan satu had yang dipaksa tetapi lebih kepada garis panduan, dan sama ada kita akan terus sebagai garis panduan atau lebih tegas daripada itu, bergantung kepada proses dan perbincangan yang sekarang dalam peringkat akhir,” katanya.

Terdahulu, Fahmi turut melancarkan setem khas Hari Pos Sedunia dan melepaskan van serta motosikal elektrik Pos Malaysia sempena sambutan yang bertemakan ‘Kepercayaan Bersama: Bekerjasama Demi Masa Depan yang Selamat dan Terhubung’.

Turut hadir Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching;  Ketua Setiausaha KKD, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa dan Timbalan Ketua Setiausaha (Infrastruktur Telekomunikasi dan Ekonomi Digital) KKD Sivanesan Marimuthu. – 9 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related