‘Snake feeder’ didakwa berleluasa di media sosial, buru kucing untuk jadi habuan ular

Orang ramai mula menyuarakan kebimbangan dan kemarahan terhadap perbuatan tidak bertanggungjawab itu

8:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Kelab pencinta haiwan mendedahkan ada individu yang mencari kucing atau arnab di media sosial, untuk dijadikan sebagai ‘binatang angkat’ sedangkan hakikatnya binatang berkenaan mahu dijadikan sebagai habuan ular peliharaan mereka.

Perbuatan individu yang dikenali sebagai ‘snake feeder’ ini semakin berleluasa di media sosial dengan orang ramai mula menyuarakan kebimbangan dan kemarahan terhadap perbuatan tidak bertanggungjawab itu.

Menurut presiden Kelab Kucing Malaysia, Khalid Rashid, perbuatan snake feeder itu sama sekali tidak boleh diterima akal dan menyifatkan ia sesuatu yang sangat kejam terhadap binatang.

“Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana snake feeder yang sengaja memberikan kucing sebagai makanan kepada ular peliharaan mereka.

“Tindakan yang dilakukan ini sangat kejam dan mendatangkan kezaliman terhadap binatang. Kalau tidak mampu jaga, janganlah gatal-gatal nak bela ular atau binatang liar lain,” katanya kepada Scoop.

Menurut Khalid lagi, sekiranya seseorang itu ingin memelihara binatang eksotik seperti ular, mereka perlu mengetahui cara-cara penjagaan serta pemberian makanan yang betul.

Menurut Khalid, sekiranya seseorang itu ingin memelihara binatang eksotik seperti ular, mereka perlu mengetahui cara-cara penjagaan serta pemberian makanan yang betul – Gambar hiasan Pexel, 10 Oktober, 2023

“Kalau ikutkan saya, kenapa perlu bela ular, lebih baik biarkan ia hidup bebas di hutan. Kalau nak bela sekali pun, tolonglah beri makanan yang betul kepada haiwan-haiwan eksotik tersebut,’’ katanya.

Isu mengenai snake feeder ini hangat diperkatakan di media sosial apabila ada netizen yang memberikan ingatan mengenai pemburu kucing untuk dijadikan makanan kepada ular mereka.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Haiwan Malaysia, Arie Dwi Andika pula berpendapat sebaliknya dan berkata jika mana-mana pusat perlindungan sudah menyerahkan kucing untuk dijadikan binatang angkat, mereka tidak mempunyai hak untuk memaksa pemilik baharu berkongsikan perkembangan kucing kerana ia dianggap mengganggu privasi.

“Setakat ini tidak ada bukti menunjukkan ada pemilik ular menjadikan kucing sebagai makanan kepada ular mereka. Bila mereka (pencinta haiwan/pusat perlindungan kucing) tampil membuat tuduhan itu, ia perlu disertakan dengan bukti. Saya bukan menyebelahi pemilik ular namun kita perlu berlaku adil.

“Bagi saya, pusat perlindungan haiwan serta pencinta kucing perlu ubah pemikiran mereka. Sekiranya mereka sudah menyerahkan kucing kepada pemilik baharu, mereka boleh bertanya tetapi kalau pemilik itu tidak mahu berkongsikan perkembangan kucing tersebut, mereka tidak boleh marah pemilik berkenaan.

Presiden Persatuan Haiwan Malaysia, Arie Dwi Andika pula berkata jika mana-mana pusat perlindungan sudah menyerahkan kucing untuk dijadikan binatang angkat, mereka tidak mempunyai hak untuk memaksa pemilik baharu berkongsikan perkembangan kucing- Gambar hiasan Pexels, 10 Oktober, 2023

“Kadang-kadang mereka bertindak terlalu mengikut emosi, bila tidak dijawab atau dibalas pertanyaan tersebut, mereka beranggapan kucing-kucing tersebut sudah dijadikan sebagai makanan ular,” katanya.

Tambahnya, golongan yang menjadikan ular sebagai binatang peliharaan selalunya hanya akan memberikan makanan yang terbaik kepada binatang peliharaan mereka.

“Mengenali golongan (pemilik ular) ini, mereka akan memberikan yang terbaik termasuk dari segi makanan ular itu sendiri. Buat apa mereka bagi kucing yang kadang-kadang ada penyakit yang kita sendiri tak tahu contohnya seperti rabies.

“Lagi satu, setiap adoption mereka perlu bayar RM100 untuk dapatkan seekor kucing. Jika mereka mahu menjadikan kucing sebagai makanan ular, lebih baik mereka membeli ayam yang lebih murah,’’ katanya. – 10 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Regulating social media to protect children is a multi-agency effort, groups tell MCMC

Children’s issues cover many facets thus their digital rights and freedom of expression must not be restricted in the process of licensing platforms  

Book vouchers for students: MoE, MoHE unaligned on distribution method?

Fadhlina Sidek, in a ministry statement, says those eligible can claim through its Delima app via Kota Buku Digital feature, but Datuk Seri Zambry Abdul Kadir says mechanism will be disclosed later

Related