Saya pernah berharap semua filem Shah Rukh gagal, tiada sambutan: Isteri

Adakah Gauri berbuat demikian kerana cemburu Shah Rukh menjadi idola dan kegilaan ramai wanita?

3:08 PM MYT

 


KUALA LUMPUR – Sekali lagi Datuk Shah Rukh Khan membuktikan beliau adalah raja sinema India apabila kedua-dua filem dibintanginya, iaitu Pathaan dan Jawan mencapai status filem pecah panggung.
 
Ia sekali gus membuktikan bahawa beliau adalah seorang daripada King Khan yang tiada tandingannya selepas beberapa dekad menceburkan diri di dalam bidang perfileman.
 
Namun, tahukah anda bahawa isterinya, Datin Gauri Khan pernah berharap agar semua filem lakonan Shah Rukh gagal serta tidak mendapat sambutan sama sekali?

Ya, perkara ini didedahkan sendiri Gauri dalam satu wawancara baru-baru ini.

Gauri memberitahu, di awal kerjaya Shah Rukh, dia tidak gembira dengan keputusan suaminya meninggalkan New Delhi selamanya dan berpindah ke Mumbai untuk menjadi bintang filem.
 
Sewaktu diwawancara Sandeep Khosla, Gauri ditanya sama dia menjadi tulang belakang Shah Rukh sewaktu aktor itu mula-mula mencipta nama dan melalui pelbagai cabaran dalam bidang perfileman.
 
“Itu tidak benar kerana saya tidak pernah gembira dia mahu ke Mumbai. Saya sebenarnya tidak tahu bila dia mula menjadi bintang.
 
“Saya sebetulnya terkejut apabila mula datang ke sini (Mumbai) dengan filem dan sebagainya. Ia cukup sukar. Benar-benar sukar buat saya.
 
“Saya tidak mahu dia berjaya dengan filemnya. Saya kira jika filemnya tidak mendapat sambutan, saya akan dapat kembali semula ke Delhi.
 
“Ketika itu saya sangat muda. Saya berkahwin pada usia 21 tahun. Filem dan semua yang berkaitan dengannya pada ketika itu sangat baru buat saya,” katanya.
 
Pasti Gauri juga sedang tertawa apabila mengenangkan semula apa diharapkan itu kerana tanpa disedarinya, kejayaan Shah Rukh memberi banyak kesenangan buatnya dan memenuhi segala impiannya seperti sekarang ini. – 8 Oktober, 2023

Topics

 

Popular

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Related