Pertahan kerusi Pelangai bukti Kerajaan Perpaduan berjaya gempur naratif fitnah: PM

Keputusan itu juga menjadi kesinambungan kecemerlangan Kerajaan Perpaduan selepas memenangi PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram, bulan lalu

11:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kejayaan Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai membuktikan hasil kesepaduan parti dalam Kerajaan Perpaduan berjaya mendobrak (menggempur) naratif fitnah dan perkauman sempit.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu juga menjadi kesinambungan kecemerlangan Kerajaan Perpaduan selepas memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, bulan lalu.

“Ia juga meniup semangat kepada Kerajaan Perpaduan untuk terus merancakkan agenda pembangunan negara demi kesejahteraan rakyat berlandaskan kerangka ekonomi Madani,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Pada masa sama, Anwar turut menzahirkan ucapan tahniah kepada calon BN, Datuk Amizar Abu Adam yang memenangi PRK DUN Pelangai, semalam.

“Terima kasih saya ucapkan kepada pengundi yang terus memberi kepercayaan kepada Kerajaan Perpaduan.

“Sekalung penghargaan juga kepada barisan jentera yang menjadi tulang belakang kepada kejayaan ini,” katanya.

Amizar, 53, yang juga Ahli Jawatankuasa Umno Bentong memenangi kerusi Pelangai dengan majoriti 2,949 undi.

Beliau memperoleh 7,324 undi, menewaskan calon Perikatan Nasional (PN) Kasim Samat yang mendapat 4,375 undi dan calon Bebas Haslihelmy DM Zulhasni yang hanya meraih 47 undi, sekali gus hilang wang deposit.

PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Johari Harun, 53, dalam nahas pesawat terhempas di Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos lepas. – 8 Oktober, 2023

Topics

Hangat

Renewed threat on Vivekananda Ashram – Ravindran Raman Kutty

Brickfields' cultural heritage facing development risk again

We almost didn’t survive: Penampang resident recounts ‘worst flood in decades’

60-year-old describes how tragedy left him and his family devastated after losing nearly everything in their home

Buddhist leader urges calm, constructive actions following offensive football fan posts

He acknowledges that posts were unkind, unprofessional, but no plans to lodge additional police reports

Related