Sistem SPT mudahkan pengguna lebuh raya, kurangkan kesesakan trafik

Dengan adanya sistem ini, pengguna dapat menjimatkan masa dan tidak terikat dengan satu jenis pembayaran sahaja

9:44 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Inisiatif kerajaan memperkenalkan sistem Secara Pembayaran Terbuka (SPT) yang membolehkan pengguna menggunakan kad debit atau kredit untuk membayar tol dapat mengurangkan kesesakan trafik di plaza tol. 

Juruteknik elektrik di sebuah syarikat swasta Mohd Syafaad Saad, 25, berkata, dengan adanya sistem ini, pengguna dapat menjimatkan masa dan tidak terikat dengan satu jenis pembayaran sahaja.

“Kita sering lihat sebelum ini ada beberapa kenderaan yang terpaksa berundur (di plaza tol) selepas kekurangan baki kad Touch ‘n Go, namun bila ada SPT ini saya melihat tiada lagi sebab orang ramai perlu berhenti untuk menambah nilai dan sebagainya,” katanya.

Pada 29 September lalu, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi melancarkan SPT yang membolehkan pengguna lebuh raya membuat bayaran tol menggunakan kad debit atau kad kredit  di 11 lebuh raya.

Mohd Zamri Mohamad Rasid, 33, pula berkata, SPT sangat praktikal kerana selain kad debit dan kad kredit, pengguna juga boleh menggunakan aplikasi Apple Pay bagi membuat pembayaran di plaza tol. 

“Saya rasa SPT ini memberi kemudahan kepada orang ramai, kalau kita tertinggal dompet pun kita masih boleh melalui tol tanpa sebarang masalah dengan menggunakan Apple Pay melalui telefon pintar atau Smartwatch keluaran Apple,” katanya. 

Penuntut di Universti Kuala Lumpur Muhammad Hafiz Ahmad Azman, 21, pula berkata, SPT itu akan menjadi alternatif kepada pengguna Touch ‘n Go sekiranya baki dalam kad mereka tidak mencukupi ketika berada di plaza tol. 

“Langkah yang dilaksanakan kerajaan ini amat baik kerana memperluas penggunaan kad debit dan kad kredit. Penggunaan sistem itu telah sebati dalam hidup rakyat Malaysia kerana kita menggunakannya di pasar raya, stesen minyak atau pusat beli-belah,” katanya.

Beliau turut mencadangkan kepada kerajaan agar dapat memperluas lagi penggunaan SPT di lebih banyak lebuh raya. 

Sementara itu, pekerja di syarikat swasta Soon Xi Yi, 31, berkata, meskipun dia sudah mencuba dan berjaya menggunakan sistem itu tiga kali, dia akan tetap menggunakan kad Touch n’ Go Near-field communication (NFC) kerana baginya ia lebih selamat kerana tidak melibatkan wang peribadi.

“Saya masih ada rasa ragu-ragu untuk beralih menggunakan sistem itu (SPT),  jika ada masalah yang berlaku, ia akan menjejaskan duit dalam bank, tetapi kalau kita menggunakan NFC ia hanya melibatkan duit yang berada dalam kad atau dalam e-dompet sahaja,” katanya. – 8 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

The ‘powerful’ fallacy of MCMC – Wong Chun Wai

New regulations are needed to police rampant crimes committed on social media platforms used by millions of Malaysians

Related