Persatuan peruncit cadang bacaan kedua RUU GEG ditangguh, perjelas dasar terlebih dahulu

Ia bagi membolehkan sesi taklimat atau perbincangan dapat dibuat terlebih dahulu dengan sektor peruncitan yang masih belum jelas dengan dasar GEG itu

5:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Persekutuan Persatuan Peniaga Barang Runcit Malaysia (FSGMAM) mencadangkan supaya pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) di Dewan Rakyat, Selasa ini ditangguhkan.

Presidennya, Hong Chee Meng berkata, ia bagi membolehkan sesi taklimat atau perbincangan dapat dibuat terlebih dahulu dengan sektor peruncitan yang masih belum jelas dengan dasar GEG itu.

Beliau berkata, pihaknya menzahirkan rasa kesal terhadap keputusan untuk mempercepatkan pembentangan RUU itu yang dianggap sebagai tidak wajar tanpa ada perancangan teratur Kementerian Kesihatan (KKM).

“Kebimbangan utama kami ialah bagaimana GEG akan dilaksanakan. Ini tidak pernah dibincangkan dengan mana-mana pemain runcit (sedangkan) kami sebagai barisan hadapan yang bakal melaksanakan cadangan tersebut.

“Kami tidak tahu apakah peruncit akan diminta memeriksa kad pengenalan setiap orang dewasa yang lahir selepas 2007 di masa hadapan.

“Kami juga tidak tahu jika akan ada aplikasi digital seperti aplikasi MySejahtera untuk setiap perokok lahir sebelum 2007 mesti gunakan setiap kali mereka membeli rokok atau produk vape,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, RUU Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU GEG akan dibentangkan untuk bacaan kedua di Dewan Rakyat, Selasa depan susulan keputusan jemaah menteri pada Rabu lalu.

Beliau berkata pembentangan bacaan kedua RUU di Parlimen adalah suatu bentuk komitmen berterusan Kementerian Kesihatan (KKM) dalam memastikan kesihatan dan keselamatan rakyat Malaysia dilindungi daripada bahaya produk merokok.

RUU GEG telah dibentangkan untuk bacaan pertama pada 12 Jun lalu dan dirujuk ke Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Kesihatan.

Mengulas lanjut, Chee Meng berkata, ahli persatuan juga bimbang dengan pelaksanaan peraturan yang tidak jelas selain hukuman denda yang berat.

“Berita (media) melaporkan bahawa RUU yang disemak itu merangkumi denda yang lebih tinggi untuk pembekal namun tiada perincian bagaimana ia akan dilaksanakan dan terdapat denda yang sangat tinggi. Ini akan menyebabkan kekacauan dalam sektor peruncitan dan setiap peruncit akan berdepan risiko.

“Selain itu, apa akan berlaku jika ada yang menggunakan ID (pengenalan) palsu atau membayar pembeli peribadi untuk membeli produk tersebut. Kami tidak pasti jika peruncit akan dihukum dalam keadaan sedemikian juga,” katanya.

Kerajaan juga, katanya harus memberi tumpuan kepada usaha memudahkan prosedur untuk menjalankan perniagaan dan tidak memperkenalkan lebih banyak dasar yang rumit.

“Cadangan GEG ini sangat rumit dan ia mendatangkan kesulitan kepada perniagaan. Dengan semua ketidaktentuan ekonomi, inilah masanya perniagaan perlu disokong kerajaan apabila ia berkaitan dengan kemudahan menjalankan perniagaan dan tidak dikenakan prosedur yang membebankan,” katanya. – 6 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related