PN ‘tak gelabah’, dakwa kenyataan Zahid tidak boleh dipercayai

Beliau menyifatkan itu mungkin respons Ahmad Zahid berhubung kenyataan Muhyiddin bahawa ada Adun BN akan menyertai PN jika ia menang pada PRK Pelangai

11:09 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) tidak ‘gelabah’ berhubung dakwaan dilontarkan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa ada antara Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada gabungan itu akan menyertai Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

Pesuruhjaya PAS Pahang, Rosli Abdul Jabar berkata, dakwaan dikeluarkan Ahmad Zahid itu berkemungkinan responsnya mengenai kenyataan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa ada Adun BN akan menyertai gabungan berkenaan sekiranya ia menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Pelangai.

“Semalam (Ahmad) Zahid Hamidi keluarkan kenyataan bahawa ada Adun PN akan menyertai BN/PH, mungkin respons dari isu bahawa ada Adun BN akan melompat parti, tak perlu kami nak gelabah sampai buat ikrar pulak,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Rosli berkata, selain Adun PN, pihaknya yakin rakyat juga tidak mempercayai apa diperkatakan Pengerusi BN itu.

“Saya yakin bukan sahaja kami Adun PN dan rakyat tak percaya dengan kenyataan Zahid Hamidi, entah-entah Zahid Hamidi sendiri pun tak percaya apa dia cakap,” katanya.

Pada Selasa lalu, Muhyiddin ketika menghadiri ceramah perdana di Felda Chemomoi, Triang, Pahang, mendakwa ada kemungkinan Adun BN menyertai PN, sekiranya gabungan itu memenangi PRK Pelangai.

Bagaimanapun, Menteri Besar Pahang yang juga Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyelar kenyataan bekas Perdana Menteri berkenaan.

Sebaliknya beliau menyifatkan dakwaan Ahli Parlimen Pagoh itu sebagai fitnah bagi mengeliru dan menakutkan rakyat serta pengundi menjelang PRK Pelangai, Sabtu ini.

Ahmad Zahid kemudian mendedahkan beliau menerima maklumat dalaman bahawa beberapa Adun PN mahu memberikan sokongan kepada PH-BN di Pahang.

Malah, Timbalan Perdana Menteri berkata, dakwaan Muhyiddin kononnya empat wakil rakyat BN mahu menyertai gabungannya tidak lebih sekadar propaganda politik menjelang PRK berkenaan. – 6 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related