Megawati bertemu Anwar bincang mengenai ibu negara Nusantara

Beliau (Megawati) berbincang mengenai Nusantara dengan Anwar memandangkan Malaysia sebelum ini memindahkan pentadbiran kerajaan persekutuan ke Putrajaya

9:08 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bekas Presiden Indonesia Megawati Soekarnoputri bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Putrajaya, pada Selasa, untuk membincangkan pembangunan projek Nusantara, ibu negara Indonesia, lapor Agensi Berita ANTARA.

Dalam satu kenyataan, Megawati berkata beliau berbincang mengenai Nusantara dengan Anwar memandangkan Malaysia sebelum ini memindahkan pentadbiran kerajaan persekutuan ke Putrajaya.

“Malaysia melakukannya dahulu apabila berpindah (pusat pentadbiran) dari Kuala Lumpur ke Putrajaya,” katanya.

Anak Megawati, Puan Maharani turut hadir pada pertemuan itu.

Menurut Megawati, Anwar berkata pemindahan ibu negara Indonesia dari Jakarta ke Nusantara, lebih kompleks.

“Beliau berkata berdasarkan keadaan Nusantara yang sedia ada, ia akan mengambil masa lebih lama…,” katanya.

Pertemuan itu berlangsung di kediaman rasmi Perdana Menteri yang turut dihadiri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Megawati berada di Malaysia selama dua hari untuk menerima ijazah doktor kehormat dalam bidang sains sosial dari Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) pada Isnin. – 4 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

New MM2H rules: reduced deposits and age limits for special economic zone applicants

They must only be 21 years old, deposit US$65,000 in Malaysian bank, half of which can be withdrawn under certain conditions after approval

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Related