Bicara kes pelakon Hafidz Roshdi didakwa pukul Syuhada bermula 6 Februari

1:33 PM MYT

 

KUALA KUBU BHARU — Mahkamah Majistret di sini hari ini menetapkan dua hari bermula 6 Februari tahun depan untuk perbicaraan kes pelakon Hafidz Roshdi yang dituduh mencederakan bekas isterinya Mac lepas.

Hakim Siti Fatimah Talib yang bertindak sebagai majistret menetapkan tarikh itu semasa sebutan kes hari ini yang dihadiri Timbalan Pendakwa Raya Asmaa’ Zamri dan peguam Datuk Akberdin Abdul Kader, mewakili Hafidz Roshdi atau nama sebenarnya Muhammad Hafidz Roshdi, 29.

“Mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan pada 6 dan 7 Februari tahun depan. Prosiding perbicaraan itu akan bermula pada 11 pagi,” kata Siti Fatimah. 

Terdahulu, Asmaa’ memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihak pembelaan telah memfailkan representasi dan telah diserahkan kepada pendakwaan.

Akberdin mengesahkan pihaknya telah memfailkan representasi untuk menggugurkan pertuduhan dihadapi anak guamnya pada 28 September lepas.

Pada 13 Mac lepas, Hafidz mengaku tidak bersalah atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap isterinya (ketika itu) Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, dengan menumbuk pipi kiri wanita itu sebanyak tiga kali sehingga luka, lebam dan bengkak.

Pelakon drama itu dituduh melakukan perbuatan berkenaan berhampiran susur keluar Tol Sungai Buaya di sini pada 3.22 pagi, 2 Mac lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang membawa hukuman penjara dua kali ganda tempoh maksimum bagi sabitan di bawah Seksyen 323.

Pada 27 Julai lepas, Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam mengesahkan pasangan itu bercerai talak satu. – 4 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-year-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

Anwar’s plan: protecting Petronas and restoring the ringgit – Tuan Muda

How the prime minister’s reforms are taking shape in crucial institutions

Umno on life support: time for Anwar to pull the plug and bury the loonies – Tuan Muda

The writer doesn't mince his words when he calls for curtains on Malaysia's once premier Malay party

Related