Zizan Razak tak kisah berlakon bersama Mira Filzah

Kedua-dua pelakon itu bakal muncul dalam drama bersiri terbaru berjudul Super Wira

11:47 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pelakon dan pelawak terkenal, Zizan Razak mengakui tidak kisah andai digandingkan bersama Mira Filzah dalam mana-mana drama mahupun filem.

Terbaharu, Zizan dan Mira masing-masing membintangi drama bersiri berjudul Super Wira.

Namun mereka tiada babak bersama. 

Menurut Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abdul Razak, 39, dia tiada masalah dengan Mira dan tidak pernah meletakkan syarat untuk berlakon dengan siapa sahaja.

“Saya okay sahaja dan terbuka untuk bekerjasama dengan sesiapa. Nama pun kerja kan. Apa yang saya buat dalam industri ini adalah untuk peminat saya. 

“Kadang-kadang mereka suka lihat gandingan saya dengan pelakon itu, pelakon ini. Contohnya seperti dengan Hawa Rizwana,” katanya ketika ditemui pada sidang media drama bersiri Super Wira. 

Kongsi pelakon filem Polis Evo 3 ini lagi, dia hanya mengetahui tentang penglibatan Mira selepas membaca skrip drama tersebut. 

Ditanya mengenai reaksinya apabila mengetahui Mira Filzah turut terlibat dalam produksi sama, Zizan sekadar berkata, tak ada apalah.

Drama Super Wira turut dibintangi Nadir Nasar, Idan Aedan, Ezzaty Abdullah dan Arena Wan. – Abdul Razak Latif/Scoop, 4 Oktober, 2023

“Kami pun dah lama tak bekerjasama. Bila tengok nama dia ada, reaksi saya oh… di sini. Tetapi (kami) tak berjumpa juga sebab berada dalam babak berbeza,” katanya yang kali terakhir bergandingan dengan Mira menerusi telefilem Jula Juli Bintang Cinta pada 2017.  

Bercerita tentang wataknya dalam drama bersiri Super Wira, Zizan berkata, dia teruja untuk melakonkan watak antagonis biarpun penampilannya dalam drama tersebut hanya dalam dua episod. 

“Saya sukakan cerita tentang superhero. Dan saya tak pernah diberikan peluang untuk bawa watak antagonis. 

“Tambahan pula drama ini disiarkan di saluran Astro Ceria. Jadi cameo untuk cerita yang menglibatkan kanak-kanak dalam siri bergenre superhero impaknya sangat besar.  Itu sebab kenapa saya terima watak ini. Lagipun kata Ghaz, kalau ada sambungan, dia akan besarkan watak saya. 

“Biarpun babak saya tak banyak, tetapi saya puas hati kerana ini kali pertama saya dapat bergandingan dengan pelakon yang saya suka iaitu Beto Kusyairy,” katanya.

Drama Super Wira yang turut dibintangi Nadir Nasar, Idan Aedan, Ezzaty Abdullah dan Arena Wan akan mula ditayangkan di Astro Ceria bermula 23 Oktober, setiap Isnin jam 9 malam. – 4 Oktober 2023

Topics

 

Popular

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Related