Saya hanya fikir bawa keluarga, pasukan keluar ke lokasi selamat: TMJ

TMJ berkongsi detik cemas dilalui beliau sekeluarga ketika insiden tembakan rambang di pusat beli-belah Siam Paragon di Bangkok, petang semalam

8:34 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkongsi detik cemas dilalui beliau sekeluarga ketika insiden tembakan rambang di pusat beli belah Siam Paragon di Bangkok, Thailand, petang semalam.

Menurutnya, ketika kejadian beliau bersama keluarga, pasukan keselamatan dan pegawainya sedang duduk di lobi hotel.

“Orang ramai menjerit dan berlari masuk ke dalam hotel dari pusat membeli-belah apabila penembak mula melepaskan tembakan.

“Ia sangat bising dan terdapat begitu banyak jeritan. Kami membawa kanak-kanak dan keluarga ke tempat yang selamat, berlari ke ruang bawah tanah bersama pasukan saya,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Tunku Ismail berkata, ketika itu fikirannya tertumpu kepada berapa ramai penembak dan jenis senjata digunakan serta bagaimana situasi di premis tersebut.

“Kami perlu berjaga-jaga dan bersedia untuk sebarang kemungkinan kerana yang kami tahu ketika itu hanyalah bunyi tembakan yang kedengaran.

“Kami tidak mempunyai maklumat lain dan perlu bersedia untuk apa-apa perkara yang boleh berlaku,” katanya.

Susulan itu, beliau dan pasukan keselamatannya membina perisai manusia untuk memastikan keselamatan keluarga serta pegawainya.

Malah katanya, beliau memberitahu anak-anaknya yang menangis ketakutan bahawa keadaan akan kembali okay.

“Apa yang difikiran saya adalah untuk membawa keluarga dan pasukan saya keluar dari tempat itu. Isteri saya memeluk anak-anak kami, menundukkan diri dan cuba menenangkan mereka kerana ketakutan dan menangis.

“Saya menjerit sekuat hati kepada pasukan keselamatan untuk membawa kereta ke ruang bawah tanah dan membawa kami ke lokasi selamat jauh dari tempat tersebut,” katanya.

Tunku Ismail berkata, mereka sekeluarga bersama dengan pasukan keselamatannya bergerak menuju ke Kedutaan Singapura selepas menghubungi Konsul Jeneral Singapura di Johor.

“Saya memberitahu mereka (pasukan keselamatan) untuk membawa kami ke Kedutaan Malaysia, namun pemandu memaklumkan Kedutaan Singapura lebih dekat,” katanya.

Selepas itu, Tunku Ismail berkata, beliau menghubungi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan untuk memaklumkan keadaan mereka selepas selamat berada di Kedutaan Singapura selain Duta Besar Malaysia turut berada bersama mereka.

Walaupun terlepas menonton perlawanan bola sepak membabitkan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail bersyukur keluarga dan pasukannya selamat, sambil menyifatkan kejadian itu sebagai pengalaman terburuk pernah dilaluinya.

“Alhamdulillah, kami selamat. Terima kasih kepada pasukan keselamatan saya dan rakan-rakan kami dari Singapura dan Malaysia. Saya akan selamanya berterima kasih kepada anda semua,” katanya.

Dalam kejadian petang semalam, polis Thailand mengesahkan dua individu masing-masing warga China dan Myanmar maut manakala lima lagi cedera.

Mangsa yang cedera masing-masing seorang warga Laos dan China, manakala tiga lagi rakyat tempatan dan kesemuanya sedang menerima rawatan di hospital.

Polis menahan seorang suspek berusia 14 tahun yang mempunyai sejarah kesihatan mental di tingkat 3 pusat beli-belah itu. – 4 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

[UPDATED] Petronas confirms ongoing productivity reviews to ‘eliminate inefficiencies’

Responding to Scoop, industry giant said it aims to become ‘operationally focused, commercially agile and cost-efficient’, but did not clarify if it is linked to Petros deal

Related