Tindakan 400 jemaah B40 tolak subsidi haji bantu lestarikan kewangan Tabung Haji: Mohd Na’im

Keputusan itu turut memberi peluang kepada jemaah lain yang lebih memerlukan menggunakan subsidi berkenaan untuk menunaikan tuntutan Rukun Islam kelima itu

10:10 PM MYT

Ā 

IPOH – Tindakan 400 jemaah haji kategori B40 yang menolak pemberian subsidi tahun iniĀ meskipun layak menerimanya dilihat mampu membantu melestarikan kewangan Tabung Haji.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata keputusan itu turut memberi peluang kepada jemaah lain yang lebih memerlukan menggunakan subsidi berkenaan untuk menunaikan tuntutan Rukun Islam kelima itu.

ā€œJadi disinilah fungsi yang sedang tabung haji lakukan iaitu memberikan pencerahan dan penjelasan kepada masyarakat Islam khususnya kepada pendeposit-pendeposit Tabung Haji tentang prinsip atau falsafah berkaitan kemampuan.

ā€œPerkara ini yang sedang kita uar-uarkan, apabila mereka (B40) ada kemampuan dan tolak subsidi bermakna ia boleh digunakan oleh Tabung Haji untuk bantu jemaah yang lebih memerlukan untuk menunaikan ibadat ini dengan jayanya,ā€ katanya ketika ditemui pada sidang media selepas menghadiri Program Rahmah MADANI di Dewan Putra Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baru Putra di sini, hari ini.

Beliau berkata penentuan golongan sasar yang layak menerima subsidi untuk menunaikan fardhu haji bukan dibuat secara semberono sebaliknya ditentukan oleh kerajaan dibantu agensi berkaitan.

ā€œKita adakan kerjasama bersama pelbagai pihak termasuk Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk dapatkan data bagi setiap pendeposit sama ada mereka dari kategori B40, M40 atau T20,ā€ katanya.

Mengulas mengenai program hari ini Mohd Na’im berkata RM200,555 disumbangkan kepada 89 penerima sekitar Parlimen Tambun yang terkesan akibat bencana ribut pada 2 Okt lepas.

Katanya sumbangan itu diharap dapat meringankan beban, selain digunakan dalam membaiki kerosakan yang berlaku dikediaman setiap penerima.

ā€œPenerima sumbangan ini adalah berpandukan senarai yang disedia dan diselaraskan oleh pihak berkuasa negeri. Saya juga mengucapkan terima kepada kerajaan negeri dan juga agensi kerajaan di peringkat negeri yang telah terlibat sama dalam menjayakan program ini,ā€ katanya. – 2 September, 2023

Topics

Ā 

ā—‰ Hangat

RM13 bil Penang Mutiara Line LRT to boost connectivity, set for 2031 completion

The 29.5-kilometre line with 21 stations aims to enhance travel across Penang and drive economic growth

DBKL slices up Havoc Food Festival in Setapak as traffic complaints boil over

Nik Nazmi steps in after residents complain of congestion, authorities shut down unlicensed event

No instant KPI: BAM gives Herry IP time to shape Malaysiaā€™s doubles future

BAM allows new menā€™s doubles head coach Herry Iman Pierngadi time to familiarise himself with the players, culture before expectations are defined

ā—‰ Related