Kualiti udara terus merosot, 15 kawasan catat IPU tidak sihat

Hasil pencerapan Jabatan Alam Sekitar (JAS) mendapati setakat jam lapan pagi tadi, Cheras  mencatat IPU tidak sihat tertinggi dengan bacaan 164

8:52 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kualiti udara terus merosot dengan jumlah lokasi mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat kini mencecah 15 kawasan di Semenanjung Malaysia.

Hasil pencerapan Jabatan Alam Sekitar (JAS) mendapati setakat jam lapan pagi tadi, Cheras  mencatat IPU tidak sihat tertinggi dengan bacaan 164.

Ini diikuti Nilai, Negeri Sembilan (163); Seremban, Negeri Sembilan (158); Shah Alam, Selangor (158); Petaling Jaya, Selangor (157); Putrajaya (157); Banting, Selangor (157); Port Dickson, Negeri Sembilan (156); Batu Muda, Kuala Lumpur (154); Klang, Selangor (153); Johan Setia, Selangor (153); Bukit Rambai, melaka (153); Alor Gajah, Melaka (136); Taiping, Perak (129) dan Tangkak, Johor (107).

Sebanyak 49 kawasan pula mencatat bacaan IPU sederhana (bawah 100) dengan didahului Larkin, Johor (100); Seberang Jaya, Pulau Pinang (100); Bandaraya Melaka, Melaka (100) dan Batu Pahat, Johor (98).

Bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh melayari laman web http://apims.doe.gov.my untuk maklumat lanjut berhubung bacaan IPU semasa.

Terdahulu, media melaporkan sejumlah 353 titik panas dikesan di Kalimantan dan 113 lagi di Sumatera, Indonesia, yang dijangka mengakibatkan jerebu di beberapa negara selatan ASEAN.

Ketua Pengarah Meteorologi Malaysia (METMalaysia), Muhammad Helmi Abdullah, dipetik berkata trajektori asap jerebu dari Kalimantan akan memberi kesan terhadap beberapa negeri di timur Malaysia, dan ia dijangka berlangsung selama beberapa hari bermula kelmarin. – 2 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related