KDN belum buat ketetapan bawa pulang 2 rakyat ditahan di Penjara Teluk Guantanamo

Mereka ditahan di Thailand pada 2003 dan dimasukkan ke dalam kurungan bersendirian di lokasi rahsia yang dikendalikan CIA, AS sebelum dipindahkan ke penjara berkenaan tiga tahun kemudian

3:36 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) belum membuat sebarang ketetapan dalam usaha membawa pulang dua warga Malaysia yang kini berada dalam tahanan di Penjara Teluk Guantanamo, Cuba.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, perkara berhubung ketetapan itu masih di peringkat awal.

Bagaimanapun, beliau menegaskan, perbincangan bersama kerajaan Amerika Syarikat (AS) sedang dilaksanakan agar dua individu itu dapat dibawa pulang segera ke tanah air.

“Kita baru mulakan rundingan dengan Amerika Syarikat. Masih belum ada ketetapan, sebarang perkembangan akan kita maklumkan kemudian.

“Pihak kita masih lagi di peringkat meneliti profil dua individu itu bagi mengetahui perkembangan terkini mereka, namun belum sampai ke tahap mereka pijak ke bumi Malaysia,” katanya kepada media pada Program KDN Madani Bandar Tun Razak, hari ini.

Ditanya berhubung tindakan membawa pulang dua individu terbabit berkemungkinan akan menimbulkan ketidakpuasan hati pihak tertentu, termasuk mewujudkan ‘persepsi mereka pengganas’, Saifuddin enggan mengulas lanjut, berikutan KDN sedang melakukan kajian terperinci.

“Mereka ditahan sejak 2003, sekarang 2023, saya baru jadi menteri 10 bulan, status mereka pengganas, (kita sedang) rujuk rekod mereka, justeru, kita tidak mahu komen perkara berkenaan,” katanya.

Dua individu terbabit, Mohammed Nazir Lep dan Mohammed Farik Amin berdepan lapan pertuduhan di Mahkamah Tentera AS, termasuk tujuh berkaitan pengeboman berkembar, mengorbankan 202 orang di Bali pada Oktober 2002 serta pengeboman di Hotel JW Marriott di Jakarta, Ogos 2003.

Kedua-dua mereka ditahan di Thailand pada 2003 dan dimasukkan ke dalam kurungan bersendirian di lokasi rahsia yang dikendalikan Agensi Perisikan Pusat (CIA) AS sebelum dipindahkan ke Teluk Guantanamo tiga tahun kemudian. – 1 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Related