Noh Salleh, Atilia & Ernie Zakri bakal hangatkan Konsert Senandung Malam – Payung Teduh X Sore

Ketiga-tiga artis tempatan itu, akan menghangatkan Konsert Senandung Malam - Payung Teduh x Sore yang bakal berlangsung di Mega Star Arena pada 30 September ini

7:21 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penampilan tiga artis terkenal tanah air, Noh Salleh, Ernie Zakri dan Atilia Haron bakal menghangatkan Konsert Senandung Malam – Payung Teduh X Sore (Setengah Lima Menuju Senja) yang bakal diadakan di Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada 30 September ini.

Penganjur Neptunes Present yang juga pelakon popular, Nabila Huda berkata, Noh akan membuat persembahan secara duet sebanyak dua lagu bersama kumpulan Sore.

“Mereka akan berduet lagu Musim Ujan dari album Sorealist dan satu lagi lagu masih dirahsiakan. Ia juga kejutan buat peminat yang datang menyaksikan konsert ini.

“Noh dipilih kumpulan Sore kerana mereka ada pertalian dan sering berkongsi mengenai muzik sejak dulu. Muzik dimainkan Noh juga seakan-akan sama dengan muzik kumpulan Sore,” katanya.

Hasil perbincangan Neptunes Presents dan pasukan Payung Teduh, mereka sepakat memilih Ernie sebagai artis undangan kerana karakter suara yang kena dengan tema dan lagu akan didendangkan pada malam konsert berkenaan.

“Ernie juga akan mendendangkan dua lagu Payung Teduh secara duet yang tidak pernah dibawakan secara ‘live’ di Malaysia.

“Ernie akan berduet dengan Payung Teduh menerusi lagu Mari Bercerita dan Berdua Saja. Ia juga persembahan duet kali pertama Payung Teduh dengan artis tempatan,” katanya.

Manakala, pemilihan Atilia sebagai artis jemputan pula, kata Nabila, diputuskan kumpulan Sore sendiri.

“Atilia adalah artis tempatan pertama dipilih Sore dan dia bakal mendendangkan dua lagu pada malam konsert. Atilia juga merahsiakan lagu yang akan didendangkan kerana ia istimewa buat peminatnya dan Sore.

“Kami berharap dengan penampilan beberapa artis tempatan ini, akan menghangatkan suasana konsert, di samping mengeratkan lagi ikatan antara pemuzik Indonesia dan Malaysia yang berkolaborasi atas platform muzik,” katanya.

Sementara itu, berkongsi jualan tiket, kata Nabila, ia juga sudah terjual hampir 50 peratus sejak hari pertama dijual pada 25 Ogos lalu.

“Jualan tiket belum mencapai tahap maksimum mungkin kerana lambakan konsert yang agak banyak. Justeru, Neptunes Present berharap peminat Payung Teduh dan Sore akan datang menyaksikan persembahan mereka yang mantap.

“Sore dan Payung Teduh juga akan ditemani Agal Muzik Ensemble, pemuzik orkestra tempatan bagi mewarnai persembahan pada 30 September ini,” katanya.

Untuk rekod, Payung Teduh yang pernah menjayakan persembahan di Zepp Kuala Lumpur tahun lalu, dianggotai Comi Aziz Kariko selaku pemain bass, Alejandro Saksakame (dram) dan Ivan Penwyn (gitar).

Manakala Pusakata atau nama sebenarnya, Mohammad Istiqamah Djamad adalah bekas vokalis Payung Teduh.

Payung Teduh dan Pusakata yang kini bergabung sebagai Parade Hujan.

Tiket konsert boleh didapati menerusi laman web myticketempire.

Pembelian tiket secara ansuran juga ditawarkan melalui Atome. – 29 September 2023

Topics

 

Popular

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Regulating social media to protect children is a multi-agency effort, groups tell MCMC

Children’s issues cover many facets thus their digital rights and freedom of expression must not be restricted in the process of licensing platforms  

Book vouchers for students: MoE, MoHE unaligned on distribution method?

Fadhlina Sidek, in a ministry statement, says those eligible can claim through its Delima app via Kota Buku Digital feature, but Datuk Seri Zambry Abdul Kadir says mechanism will be disclosed later

Related