‘Sebab belum kahwin. Nak berdosa ke ibu?’, Azal beri jawapan padu apabila Zarina bertanya kenapa dia tidak romantik dengan Rahmah

Azal juga memberitahu kepada ibunya itu bahawa dia akan berkahwin dengan Rahmah pada tahun hadapan

5:23 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pelakon, Zarina Zainuddin memang gemar bercanda dan mengusik salah seorang daripada anak kembar lelakinya yang sentiasa menjadi perhatian ramai iaitu Muhammad Raizal Azrai, 27, atau lebih mesra disapa sebagai Azal.

Dalam satu hantaran video dimuat naik di Instagram miliknya, Zarina bertanya satu soalan yang agak sukar sebenarnya untuk dijawab Azal.

“Azal kenapa awak tak romantik dengan Rahmah?” soal Zarina.

Walaupun pada awalnya, Azal seolah-olah seperti terpinga-pinga mendengar soalan itu, dia berjaya memberikan jawapan cukup logik dan bernas, bahkan tidak lupa dengan pegangannya sebagai seorang Muslim.

“Sebab belum kahwin. Nak berdosa ke ibu?” jawabnya.

Zarina kemudian memberitahu Azal bahawa sekadar bercakap-cakap dengan Rahmah, tidak ada salahnya.

Tetapi Azal tetap memberikan jawapan sama, iaitu ‘kita belum kahwin, dah kahwin baru boleh.

Zarina terus mengusiknya lagi bertanyakan apa yang akan Azal lakukan jika sudah menikahi Rahmah.

“Dah kahwin, pegang perut dan pegang bahu. Tak kahwin tak boleh,” katanya dengan jawapan cukup comel.

Ketika Zarina bertanya bila dia akan berkahwin dengan Rahmah, Azal dengan penuh keyakinan memberitahu, dia akan berkahwin pada tahun hadapan.

“Kahwin tahun depan, tarikh belum tahu lagi,” katanya.

Rahmah, 26, adalah gadis kelahiran Indonesia yang berjaya mencuri hati Azal dan mereka kini dalam proses mengenali hati budi masing-masing.

Hubungan Azal dengan Rahmah didedahkan Zarina sendiri melalui media sosialnya, dengan mendoakan agar pasangan itu bertemu jodoh.

Dalam satu wawancara bersama sebuah portal, Zarina memaklumkan bahawa Rahmah bekerja di Singapura dan perkenalannya dengan Azal bermula daripada festival jualan di negara itu. – 29 September, 2023

Topics

 

Popular

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Tennis star Kyrgios enjoys Raya with family in Malaysia

Born Nick Hilmy Kyrgios, he boasts Malaysian heritage through his mother, Norlaila – affectionately known as Nil. 

Malaysia’s new social media regulatory framework: What you need to know

New rules aim to curb cybercrime and online harm, individual users not affected

Related