Anna Jobling muncul dalam video muzik lagu baharu Rossa

Pelakon kelahiran Malaysia itu dipilih untuk membintangi video muzik lagu terbaru nyanyian Rossa yang berjudul ‘Bertengkar Manis'

2:51 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pelakon jelita, Anna Jobling, 23, dipilih membintangi video muzik penyanyi terkenal Indonesia, Datuk Seri Rossa berjudul Bertengkar Manis yang dilancarkan di platform Youtube pada 28 September lalu pada jam 9 malam waktu Malaysia.

Menurut Anna Jobling atau nama sebenarnya, Anna Ellisa Jobling Abdul Rahman, dia amat teruja dengan tawaran untuk menjayakan penggambaran video muzik itu.

“Saya dengan Rossa sudah berkawan lama, bila saya ke Jakarta dan Rossa ke Kuala Lumpur, kami tak akan lepaskan peluang untuk berjumpa.

“Jadi, apabila pertama kali ditawarkan untuk muncul dalam video muzik Bertengkar Manis, saya terus bersetuju,” katanya.

Bagi Rossa, pemilihan Anna Jobling untuk video muzik Bertengkar Manis adalah kerana perwatakan pelakon itu menepati ciri individu dibayangkannya untuk penggambaran berkenaan – Gambar Mask Team, 29 September, 2023

Hubungan persahabatan antara Anna dan Rossa bukan perkara baharu, memandangkan sebelum ini, kedua-duanya sering berkongsi momen di media sosial setiap kali mereka bertemu, sama ada di Malaysia atau Indonesia.

Namun, video muzik Bertengkar Manis itu adalah kerjasama pertama mereka.

Bagi Rossa, pemilihan Anna Jobling untuk video muzik Bertengkar Manis adalah kerana perwatakan pelakon itu menepati ciri individu dibayangkannya untuk penggambaran berkenaan.

“Lakonan Anna dalam video muzik itu sangat bagus. Lakonannya penuh emosi dan pasti akan membuat penonton dapat lebih mendalami erti di sebalik lagu tersebut,” ujar Rossa.

Video muzik itu menjalani penggambaran di Jakarta pada Ogos lalu yang mengambil masa hampir 24 jam.

Kongsi Anna lagi, pengalaman bekerjasama buat pertama kali dengan Rossa adalah sangat mudah dan dia cukup kagum dengan cara pembikinan serta proses video muzik di Jakarta. – 29 September, 2023

Topics

 

Popular

New MM2H rules: reduced deposits and age limits for special economic zone applicants

They must only be 21 years old, deposit US$65,000 in Malaysian bank, half of which can be withdrawn under certain conditions after approval

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Related