Kes bunuh peniaga buah: Polis tahan 13 warga asing

Amihizam berkata, penangkapan itu menyaksikan polis berjaya menyelesaikan kes terbabit dalam tempoh 48 jam

10:27 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Hanya dalam tempoh 48 jam, polis berjaya menyelesaikan kes bunuh membabitkan seorang penjual buah rakyat tempatan di hadapan sebuah rumah teres dua tingkat di Taman OUG, di sini, baru-baru ini, dengan penahanan 13 lelaki warga asing semalam dan hari ini.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Syukor berkata, kesemua suspek yang berusia lingkungan 22 hingga 52 tahun itu, ditahan Jabatan Siasatan Jenayah (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields menerusi beberapa serbuan.

“Bertindak atas maklumat, polis berjaya menangkap suspek utama kes pada jam 11 pagi tadi serta membuat rampasan barang kes.

“Polis berjaya menyelesaikan kes ini dalam tempoh 48 jam,” katanya menerusi kenyataan.

Amihizam berkata, kesemua suspek ditahan reman hingga 4 Oktober ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pada masa sama, beliau berharap orang ramai menghentikan sebarang spekulasi berkaitan kes berkenaan dan meminta mereka yang mempunyai maklumat berhubung jenayah itu untuk menyalurkannya ke Hotline Polis Brickfields di talian 03-22979222.

Dalam kejadian pada 7.40 malam Selasa lalu itu, polis menerima maklumat mengenai kes bunuh membabitkan seorang peniaga buah warga emas berusia 80 tahun di Taman OUG.

Susulan kes itu, empat lelaki ditahan pada jam 2.30 pagi di lokasi kejadian bagi membantu kes terbabit yang menyaksikan mangsa maut akibat ditikam di beberapa bahagian badan dan muka. – 29 September, 2023

Topics

 

Hangat

Everyone makes mistakes: Hannah should forgive Razman, says PAS spiritual leader

Datuk Hashim Jasin says Youth and Sports Minister should let bygones be bygones over ‘YTL daughter’ gaffe

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Related