Jana Wibawa: Rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Muhyiddin pada 28 Februari

Ia disahkan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin dan peguam Chetan Jethwani yang mewakili Muhyiddin

2:12 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan menetapkan dua hari mulai 28 Feb tahun depan untuk mendengar rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada empat pertuduhan menyalah guna kuasa melibatkan RM232.5 juta berkaitan projek Jana Wibawa.

Pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Mohd Khairi Haron hari ini menetapkan 28 dan 29 Feb untuk mendengar rayuan pihak pendakwaan itu.

Ini disahkan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin dan peguam Chetan Jethwani yang mewakili Muhyiddin, ketika dihubungi Bernama.

Sementara itu, Wan Shaharuddin berkata Mahkamah Sesyen telah menetapkan 29 Nov untuk mendengar rayuan pihak pendakwaan bagi mendapatkan perintah penangguhan sementara prosiding bagi tiga lagi pertuduhan dihadapi bekas perdana menteri itu di bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA) sementara selesai rayuan di Mahkamah Rayuan.

Pada 15 Ogos lepas, hakim Mahkamah Tinggi Datuk Muhammad Jamil Hussin membenarkan permohonan Muhyiddin untuk membatalkan empat pertuduhan selepas beliau memutuskan pertuduhan itu kabur dan tidak berasas. Beliau kemudiannya melepas dan membebaskan Muhyiddin.

Pihak pendakwaan kemudian memfailkan notis rayuannya pada hari yang sama.

Muhyiddin, 76, didakwa menggunakan kedudukannya sebagai Perdana Menteri ketika itu dan presiden Bersatu untuk mendapatkan suapan daripada tiga syarikat iaitu Bukhary Equity Sdn Bhd, Nepturis Sdn Bhd dan Mamfor Sdn Bhd, dan juga daripada Datuk Azman Yusoff, untuk parti itu. 

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya antara 1 Mac 2020 dan 20 Ogos 2021.

Selain empat pertuduhan itu, Muhyiddin juga menghadapi dua pertuduhan menerima hasil daripada aktiviti menyalahi undang-undang berjumlah RM195 juta daripada Bukhary Equity yang didepositkan ke dalam akaun CIMB Bank Bersatu.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di CIMB Bank Cawangan Menara KL, Jalan Stesen Sentral, di sini, antara 25 Feb dan 16 Julai 2021, dan antara 8 Feb dan 8 Julai 2022.

Beliau juga didakwa atas satu pertuduhan menerima dana RM5 juta, daripada Bukhary Equity Sdn Bhd yang merupakan hasil daripada aktiviti menyalahi undang-undang di cawangan Ambank Amcorp Mall di Jalan Persiaran Barat, Petaling Jaya, Selangor pada 7 Jan tahun lepas. Dana itu didakwa dikreditkan ke dalam akaun parti di Ambank.

Dalam permohonan untuk perintah penangguhan, pihak pendakwaan berkata terdapat alasan yang kukuh untuk mewajarkan prosiding di Mahkamah Sesyen ditangguhkan.

Pihak pendakwaan berkata jika prosiding di Mahkamah Sesyen dibenar diteruskan, rayuannya (pendakwaan) akan menjadi tidak jelas jika terdapat sebarang permohonan interlokutori difailkan untuk mengetepikan tiga pertuduhan lain yang berkaitan dengan empat pertuduhan itu.

Pihak pendakwaan juga berhujah bahawa Muhyiddin tidak akan diprejudis sekiranya Mahkamah Sesyen mengekalkan status quo sehingga rayuan pihak pendakwaan diputuskan oleh Mahkamah Rayuan. – 27 September, 2023

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

Related