KUALA LUMPUR – Semalam, Elly Mazlien atau Kak Lina telah membuat kenyataan bahawa dia menerima teguran netizen dengan hati yang terbuka apabila corak pengacaraannya dalam konsert minggu pertama Gegar Vaganza Musim 10 (GV10) pada Ahad lalu, dikritik hebat.
Namun, pada hantaran yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya sebentar tadi, Elly telah membuat pengakuan yang mengejutkan apabila memaklumkan bahawa Kak Lina Pom Pom akan menarik diri daripada terlibat dalam program pertandingan nyanyian tersebut.
“Selepas Kak Lina membaca kesemuanya, ya kak lina baca semua komen-komen anda. Sudah masanya Kak Lina tidak perlu ada di GV demi menjaga hati anda dan semua pihak.
“Niat Kak Lina untuk menghiburkan, tapi lain pulak jadinya. Buat semua orang tak berminat nak tengok GV pulak. Sekali lagi Kak Lina meletakkan kesalahan pada diri sendiri,” katanya.

Elly juga menganggap apa tindakan yang dilakukannya itu adalah demi kebaikan semua pihak, apatah lagi ramai yang mencari rezeki di dalam program GV tersebut.
“Jaga diri ya semua. Terima kasih di atas segala kemanisan yang Kak Lina rasa sebelum ni. Terima kasih banyak-banyak,” katanya.
Namun, di akhir kata-katanya itu sekali lagi mengundang kejutan.
“Insya Allah Elly Mazlein akan menggantikan Kak Lina di GV nanti,” katanya.
Wow! Bermakna, Elly Mazlein akan menyingkirkan wataknya sebagai Kak Lina Pom Pom untuk mengendalikan GV10 bersama Nabil dan Jihan Muse. Korang semua rasa macam mana? Setuju tak kalau Elly Mazlein buat macam tuh?
Persoalannya, Adakah watak Kak Lina Pom Pom akan dimatikan di dalam kerjaya seni Elly Mazlein sampai bila-bila? Hanya Elly yang mampu menjawabnya– 27 September, 2023